Tuesday, April 20, 2010
Terdedahnya prototype iPhone 4G!
Hari ini aku nak berkongsi satu cerita ringkas bagaimana prototype iPhone 4G boleh terdedah. Hal ini bermula apabila seorang "Software engineer" syarikat Apple telah tertinggal iPhone tersebut di sebuah bar yang dikenali sebagai Gourmet Haus Straut dekat Redwood city. Bar ni terletak berhampiran pejabat Apple. Hendak dijadikan cerita, ada pula seorang hamba Allah telah mengambil iPhone tersebut dan menjualnya kepada sebuah laman web gajet iaitu Gizmodo. Lelaki tersebut telah dibayar sebanyak USD 5000.
Dipendekkan cerita, pihak Apple telah menghantar surat kepada Gizmodo agar mereka memulangkan kembali prototype tersebut. Sekarang ni kedua - dua pihak sedang bertelagah mengenai hak prototype iPhone generasi baru itu. Untuk cerita dan gambar yang lebih lanjut, korang boleh klik kat laman web Gizmodo. Sekian dari aku..chow!..salam.
Saturday, April 10, 2010
Akibat salah guna facebook!
Ini adalah first entry aku untuk bulan April..sempat curi masa untuk menulis dalam blog walaupun jadual agak padat.
Entry kali ini nak cerita pasal Facebook. Sesiapa yang tak tahu apa itu Facebook aku cadangkan korang duduk dalam gua jadi "Caveman". Facebook adalah laman sosial terlaris mengatasi Friendster, Tagged, Myspace, Linkedln dan macam-macam lagi. Pengguna aktif Facebook dianggarkan seramai 400 juta orang di seluruh dunia. Ok, cukup dengan intro sekarang ini aku nak cerita akibat tak reti nak guna Facebook. Ini antara ceritanya:
- Kimberley Swann, 16 tahun, baru sahaja bekerja di Ivell Marketing and Logistics tetapi telah melakukan sesuatu yang bodoh bila merungut kat status dia pasal kerja dia yang sangat boring. Antara status yang dia tulis adalah "all i do is shred holepunch n scan paper!!! omg!". Malang nasib dia bila bos dia baca post tersebut dan pecat dia beberapa hari kemudian. Baca selanjutnya di: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1155971/Teenage-office-worker-sacked-moaning-Facebook-totally-boring-job.html#ixzz0kj0XLwqW
Kimberley Swann dipecat akibat status Facebook
- Seorang wanita dari Sepanyol telah menguploadkan banyak gambar-gambar seksi dia kat Facebook untuk tayangan umum. Jadi ramaila yang usha foto-foto dia. Nak dijadikan cerita, ada mamat ni tak tahan pastu ajak dia bercengkerama, tapi perempuan tu menolak. Lelaki tersebut tak puas hati dan pergi rumah perempuan terbabit hingga membawa kepada kematiannya. Dia dapat alamat dan nombor phone melalui info yang dipaparkan di dalam Facebook. Aku malas nak upload gambar dia pasal 18SSG dan 18SX. Siapa yang berani, tengok kat link ni http://ohtidak.com/oh-facebook-membunuh/
- Cerita ketiga adalah dari pengalaman kawan aku. Suatu hari adala seorang mamat dalam friends list dia pop out kat Facebook chat dan suruh klik kat link yang dia bagi. Dia tak tahu pun yang link tersebut adalah cubaan untuk "phising" akaun dia(lebih kurang hack) dan dia dengan selamba tekan je link tu. Esoknya dia sendiri tak boleh nak akses akaun Facebook dia sebab mamat tu dah tukar password akaun dia. Ape lagi, habis mengarut dia punya status dan benda ni berjaya dihentikan dengan mematikan email dia.(ambik masa 3 bulan gak untuk tutup akaun email)
- Banyak lagi kisah sadis melibatkan Facebook ni. Yang mengejutkan ramai juga yang dibunuh akibat Facebook. Mereka ni dibunuh sebab upload gambar dengan ex-boyfriend, tulis relationship status "single" dan berkenalan dengan perogol dalam Facebook yang menyamar jadi remaja kacak.
Antara nasihat aku kat korang adalah:
- Janganla add orang-orang yang tidak dikenali pasal kita tak tahu latar belakang diorang.
- Set dan baca pasal security setting pastu belajar untuk guna privacy setting di Facebook korang.
- Jangan klik link yang korang tak yakin dan alamat dia panjang semacam tambahan dari orang yang tidak dikenali.
- Jangan upload gambar mabuk, gambar seksi, gambar bersosial dan gambar tak senonoh sebab ramai orang boleh tengok antaranya bakal bos korang,family korang,partner korang dan musuh korang.
- Jangan letak detail profile kat info macam alamat rumah dan phone number. Kalau nak tulis tempat belajar,tulis yang betul punya.
- Jangan post status yang sensitif dan merepek sebab kadang-kadang ada orang akan report dan baca.
- Jangan join group-group yang sensitif sebab boleh menyusahkan korang jika orang tertentu baca.
Subscribe to:
Posts (Atom)