melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Monday, June 7, 2010

Fakta Calon "Golden Foot Awards" 2010 (2)

Hari ini aku akan sambung topik yang lepas iaitu mengenai calon "Golden Foot Awards" 2010.

1. David Beckham (Right Winger, LA Galaxy)

Antara sayap kanan yang digeruni dalam Liga perdana Inggeris di mana Beckham mempunyai kelebihan dari aspek ketepatan hantaran lintang dan juga lencongan sepakan percuma yang mampu mengugat penjaga gawang mana-mana pasukan. Memulakan karier bersama Manchester United pada musim 1995/96 di mana ketika itu United berjaya memenangi kejuaraan berganda Liga Inggeris dan Piala FA. Karier Beckham melonjak naik ketika membantu Manchester United menjuarai "treble" Liga Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada tahun 1999. Hasilnya, Beckham telah dicalonkan sebagai pemain terbaik dunia namun tewas ditangan Rivaldo tetapi mendakap anugerah sebagai pemain terbaik Eropah pada musim yang sama. Dia juga sekali lagi dicalonkan sebagai pemain terbaik dunia pada tahun 2001 namun kali ini sekadar di tempat kedua di belakang Luis Figo. Pada musim 2002/03 dia telah berpindah ke Real Madrid setelah berlaku perselisihan faham dengan pengurus Alex Ferguson. Di Real, Beckham telah menjadi sebahagian dari "Galacticos" disamping Zidane, Ronaldo dan Figo. Setelah 4 tahun yang mengecewakan di Madrid, Beckham telah berpindah ke Major League Soccer (MLS) bersama kelab LA Galaxy. Untuk rekod, Beckham juga telah dipinjamkan ke AC Milan sebanyak 2 kali pada musim 2008/09 dan 2009/10. Bersama England pula Beckham adalah pemain yang mempunyai cap kedua terbanyak setelah 14 tahun bersama "the Three Lions" dan malang baginya kerana tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010 setelah mengalami kecederaan kaki.

2. Gianlugi Buffon (Goalkeeper, Juventus)

Buffon dianggap sebagai penjaga gol terbaik pada abad ini oleh kebanyakkan pemain, penyokong dan wartawan sukan. Memulakan kariernya seawal umur 17 tahun bersama Akademi remaja Parma pada tahun 1995, dan pada tahun yang sama menyertai skuad utama ketika menentang AC Milan. Dia juga adalah antara pemain penting ketika Parma menjuarai kejohanan UEFA cup pada tahun 1999. Semenjak dari itu, dia telah mencipta nama di Eropah sebagai antara penjaga gol yang terbaik dan pada tahun 2001 Juventus telah menyambar Buffon dengan rekod harga sebanyak 32 juta pound. Buffon telah menjadi penjaga gol paling mahal di dunia yang mana sehingga sekarang masih belum ada yang dapat memecahkan rekod tersebut. Buffon membuktikan bahawa nilai yang diletakkan ke atasnya adalah setimpal setelah membantu Juventus memenangi Scudetto dan yang paling utama ialah memastikan gawang Itali hanya dibolosi 2 kali (gol sendiri dan penalti) ketika Itali menjuarai trofi Piala Dunia buat kali keempat. Buffon juga telah banyak mengumpul pingat persendirian antaranya penjaga gol terbaik UEFA, Anugerah Lev Yashin dan juga penjaga gol terbaik dunia IFFHS.

3. Didier Drogba (Striker, Chelsea)

Kekuatan fizikal, teknik kawalan bola serta sepakan padu adalah aset utama Didier Drogba yang seringkali menghantui pertahanan dan pejaga gawang pihak lawan. Mencipta reputasi sebagai antara penyerang terbaik di dunia, Drogba adalah tonggak yang telah banyak membantu Chelsea menjadi antara pasukan yang digeruni di Eropah. Karier awalnya tidak seperti yang diharapkan terutamnya ketika beraksi bersama Le Mans. Namanya mula digeruni ketika umurnya 25 tahun setelah menjaringkan 17 gol bersama Guingamp. Marseille telah membeli Drogba pada musim berikutnya, namun hanya bertahan selama satu musim setelah menerima tawaran sebanyak 24 juta Pound dari Chelsea yang ketika itu dibimbing oleh Jose Mourinho. Dari seorang pemain yang kurang dikenali, Drogba telah menunjukkan kehebatan sebenarnya ketika beraksi di Liga Inggeris setelah membantu Chelsea menjuarai liga 2 kali berturut-turut serta menjadi penjaring ketujuh terbanyak sepanjang zaman di Chelsea. Di arena antarabangsa, Drogba telah membantu Ivory Coast layak ke kejohanan Piala Dunia buat pertama kali pada tahun 2006 setelah menjaringkan 5 gol buat pasukannya. Ivory Coast sekali lagi layak ke Piala Dunia pada 2010 juga dengan bantuan gol dari Drogba dan kali ini sebagai kapten pasukan tersebut. Malangnya bagi Drogba, dia belum pernah merasai kejuaraan utama di Eropah iaitu Liga Juara-Juara walaupun pada musim 2009/10 dia telah membantu Chelsea menjadi juara berganda Liga Inggeris buat kali pertama setelah menjadi penjaring terbanyak liga dengan 28 gol.

4. Samuel Eto'o (Striker, Inter Milan)

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Eto'o adalah antara penyerang paling berbisa di dunia dan juga Eropah. Walaupun Eto'o telah banyak membantu kelab seperti Real Madrid, Real Mallorca, dan Barcelona, namanya seringkali tenggelam dan kurang popular dikalangan penyokong kelab-kelab terbabit. Memulakan keriernya bersama Real Madrid pada tahun 1997, Eto'o adalah tonggak yang dianggap tidak penting oleh Les Merengues ketika menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2000. Eto'o telah dijual ke Mallorca di mana dia telah membantu Mallorca bermain dalam Liga Juara-Juara. Ketika di Mallorca, Eto'o telah menjaringkan 54 gol dalam 133 perlawanan liga (penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Mallorca). Namanya mula dikenali ketika bersama Barcelona apabila dia telah menjaringkan gol penting ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah tahun 2006 dan 2009. Disamping itu, gol-golnya juga memberikan Barcelona kejuaraan liga pada tahun 2005, 2006 dan 2009. Kemuncak kariernya hadir pada musim 2008/09 di bawah bimbingan Pep Guardiola apabila menjadi antara penjaring terbanyak La Liga dan menjuarai 6 piala keseluruhan bersama Barcelona pada musim yang sama. Akibat dari sikap penonton yang bersifat perkauman, Eto'o telah berpindah ke Inter Milan pada musim 2009/10. Pada musim pertamanya di sana, Eto'o telah membantu Inter memenangi kejuaraan "treble" buat kali Pertama termasuk Liga Juara-Juara Eropah setelah 45 tahun menunggu. Di peringkat antarabangsa pula, Eto'o juga turut menyerlah setelah memenangi pingat emas Olimpik tahun 2000, 2 kali Piala Afrika, 2 kali penjaring terbanyak Piala Afrika, 3 kali pemain terbaik Afrika dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Cameroon.

5. Steven Gerrard (Center Midfielder, Liverpool)

Stevie G telah menjadi nadi utama pasukan Liverpool sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kariernya bermula pada tahun 1998 bersama Liverpool. Dia menjadi kapten "the Reds" pada tahun 2002 di mana pada tahun-tahun berikutnya, dia telah menyumbangkan pelbagai kejuaraan untuk Liverpool seperti Piala FA Inggeris, Piala UEFA, Piala Super Eropah serta Liga Juara-Juara Eropah. Sumbangan Gerrard yang paling diingati adalah pada tahun 2005 ketika Liverpool berhadapan AC Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Istanbul. Gerrard telah mengawal hampir setiap posisi di atas padang walaupun ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Dengan masa perlawanan hanya berbaki 6 minit, Gerrard telah menunjukkan semangatnya sebagai kapten pasukan apabila menggerakkan seluruh pasukannya untuk menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Liverpool akhirnya memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penentuan penalti. Kariernya bersama England bermula pada tahun 2000 dan setelah 10 tahun bersama "Three Lions", Gerrard telah diberi kepercayaan untuk menjadi kapten pasukan pada Piala Dunia 2010 menggantikan Rio Ferdinand yang cedera pada saat akhir.

Sekian entry terbaru dari aku, jangan lupa mengundi untuk calon-calon pilihan korang di laman web Golden Foot. Sekian dari aku..chow!..salam.

Saturday, June 5, 2010

Fakta Calon "Golden Foot Awards" 2010 (1)

Hari ini aku akan mendedahkan sikit fakta pemain bolasepak yang dicalonkan bersempena dengan "Golden Foot Awards" 2010 yang akan berlangsung nanti.

1. Francesco Totti (Attacking Midfielder, AS Roma)

Pemain dari Rome ini adalah antara attacking midfielder terhebat yang pernah disaksikan pada abad ini. Beliau telah menjadi kapten (Il Capitano) pasukan Roma semenjak berumur 22 tahun hingga sekarang (34 tahun). Totti hanya bermain untuk AS Roma dan Itali sepanjang karier yang bermula ketika berumur 16 tahun. Pencapaian tertingginya adalah memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali yang mana pada tahun berikutnya beliau telah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa untuk menumpukan perhatian pada AS Roma. Totti pernah menjadi penjaring terbanyak Serie A dan Eropah pada musim 2006/07 iaitu dengan 26 gol. Selain itu, Il Capitano juga adalah penjaring terbanyak sepanjang masa ketika ini untuk AS Roma walaupun posisinya adalah sebagai pembantu penyerang.

2. Clarence Seedorf (Attacking Midfielder, AC Milan)

Pemain veteran dari Belanda yang cukup digeruni di arena bolasepak Eropah dan antarabangsa kerana skil dan kemampuannya menjaringkan gol dari bahagian tengah. Seedorf memulakan kariernya bersama gergasi Belanda iaitu Ajax Amsterdam pada tahun 1992 yang ketika itu dibarisi dengan pemain muda berbakat seperti Marc Overmars dan Van Der Sar. Seedorf merupakan pemain termuda beraksi untuk kelab Ajax pada umur 16 tahun. Beliau memenangi kejuaraan Eropah kali pertama bersama Ajax di bawah bimbingan Louis Van Gaal dan seterusnya mengembangkan kariernya di Sampdoria. Selepas satu musim, beliau kemudiannya berpindah ke Real madrid di bawah bimbingan Fabio Capello dan kejuaraan Eropah kedua muncul bersama Real pada tahun 2000. Seedorf kembali ke Itali bersama kelab Inter Milan dan kemudiannya dijual ke AC Milan pada tahun 2002. Bersama Rossoneri beliau telah bermain dalam tiga perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (2003,2005,2007) dan memenangi dua piala tersebut pada tahun 2003 dan 2007. Beliau telah memenangi empat piala Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza iaitu Ajax, Real Madrid dan AC Milan.

3. Raul Gonzalez Blanco (Striker, Real Madrid)

Para Madridistas mungkin lupa bahawa ikon mereka Raul Gonzalez sebenarnya memulakan kariernya bersama kelab musuh setempat iaitu akademi remaja (Infantil) Atletico Madrid pada umur 13 tahun dan bapanya juga adalah peminat setia Rojiblancos. Setelah menganggap dirinya ditipu oleh presiden Atletico, Raul telah menerima tawaran untuk bermain bersama Real Madrid pada tahun 1995 dan memulakan aksi pertama ketika umurnya 17 tahun. Beliau merupakan pemain termuda beraksi bersama Real madrid. Namun begitu pada saat itu Real Madrid berada dalam zaman gelapnya di mana kejuaraan Eropah terakhir yang dikecap adalah pada tahun 1966 dan La Liga pula pada tahun 1990. Raul telah mengubah sejarah Real Madrid dalam sekelip mata dengan memberikan kejuaraan La Liga selepas 5 tahun menanti tetapi mereka perlu menunggu 3 tahun berikutnya untuk kembali menjadi juara Eropah iaitu pada tahun 1998. Ketika bersama Real Madrid, Raul telah berjaya memenangi 3 Liga Juara-Juara Eropah iaitu pada tahun 1998, 2000 dan 2002. Walaupun dikelilingi oleh pemain berstatus "Galacticos", Raul tetap menyerlah dengan menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 66 gol serta menjadi ikon Real Madrid setelah beraksi sebanyak 74o perlawanan untuk Los Merengues.

4. Carles Puyol (Defender, Barcelona)

Carles Puyol adalah pemain yang cukup versatil dari awal kariernya dari kecil sehingga sekarang. Dengan kepantasan dan kekuatan fizikalnya, beliau mampu mengemudi setiap posisi dengan baik terutamanya di bahagian pertahanan. Memulakan kariernya sebagai penjaga gol dan penyerang sebelum dipanggil menyertai Barcelona pada tahun 1995 bersama akademi remaja Barcelona. Debutnya bersama skuad utama Barcelona adalah pada tahun 1999 di bawah bimbingan Louis Van Gaal dalam aksi La Liga. Di awal kariernya, beliau banyak beraksi di posisi pertahan kanan, namun begitu setelah kehadiran Frank Rijkaard beliau menjadi nadi pertahanan tengah La Blaugrana dan Sepanyol sehingga sekarang. Pencapaian tertingginya adalah memenangi Kejohanan Eropah (EURO 2008) bersama skuad berbakat La Furia Roja. Beliau pernah memenangi 2 Liga Juara-Juara Eropah iaitu pada tahun 2006 dan 2009. Puyol adalah salah seorang pemain penting dan kapten skuad Barcelona pada musim 2008/09 di bawah bimbingan Pep Guardiola di mana Barcelona telah memenangi kesemua 6 piala yang ditawarkan pada musim tersebut iaitu satu rekod dalam sejarah bolasepak.

5. Ryan Giggs (Left Winger, Manchester United)

Lagenda dan salah satu ikon yang dibanggakan oleh the Red Devils pada abad ini. Giggs merupakan seorang yang setia bersama Manchester United di mana dia hanya menghabiskan kariernya bersama United dan Wales. Giggs merupakan pemain United yang paling banyak memenangi kejuaraan utama bersama kelab tersebut (3o piala). Untuk rekod juga, Giggs merupakan pemain yang paling banyak memenangi Liga Perdana Inggeris iaitu 9 kali semenjak di tukar ke format baru. Antara rekod lain ialah beliau menjadi pemain United yang paling banyak beraksi dalam pelbagai kejohanan bersama Red Devil mengatasi lagenda Bobby Charlton (830 perlawanan) serta menjadi salah seorang pemain yang mengecapi "treble" pada tahun 1999. Seorang genius di atas padang, Giggs adalah contoh terbaik bagi pemain muda di mana beliau sendiri pernah memenangi anugerah pemain muda tahunan sebanyak 2 kali berturut-turut (juga satu rekod). Malang bagi Giggs, karier antarabangsanya bersama Wales tidak dapat dibanggakan dan beliau membuat keputusan untuk bersara dari skuad Wales pada tahun 2007.

Sampai di sini sahaja dahulu sebahagian dari profil calon "Golden Foot Awards" 2010 di mana calon selebihnya akan dipaparkan dalam chapter 2 nanti. Sekian..chow!..salam.





Friday, June 4, 2010

Cerita hangat bolasepak sebelum Piala Dunia 2010

Post kali ini aku akan sediakan beberapa cerita hangat bolasepak sebelum bermulanya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Macam-macam hal yang berlaku sebelum bermulanya Piala Dunia. Antara yang menarik perhatian adalah berita perpindahan pemain utama di Eropah seperti David Villa dan Fabregas. David Villa secara sahnya telah menjadi pemain Barcelona dengan bayaran 35 juta Euro. Hal ini telah meletakkan tanda tanya akan nasib nasib Thierry Henry dan Zlatan Ibrahimovic yang mana Henry dikhabarkan akan meneruskan permainannya di Amerika Utara (MLS) dan Ibrahimovic pula menjadi sasaran Manchester City. Di sini aku akan lengkapkan post kali ini dengan cerita hangat yang lain secara ringkasnya:

1. Perpindahan Fabregas ke Barcelona

Fabregas dilaporkan telah menyatakan hasratnya untuk ke Barcelona kepada Arsene Wenger. Barcelona telah membuat tawaran rasmi kepada Arsenal beberapa hari yang lalu namun ditolak mentah-mentah buat kali pertama. Yoann Gourcuff dari Bordeux dikatakan menjadi pilihan utama Wenger jika Fabregas berpindah ke Barcelona di mana dia telah menjadi penyumbang utama kepada gol-gol Chamakh sewaktu menjadi rakan sepasukan di Bordeux.

2. Benitez tarik diri dari Liverpool

Benitez secara rasminya telah menarik diri dari menjadi jurulatih Liverpool setelah mengemudi kelab itu selama 6 musim dan telah dibayar pampasan sebanyak 3 juta Pound oleh Liverpool. Dikhabarkan dia akan menyertai Inter Milan menggantikan Mourinho yang berpindah ke Real Madrid.

3. Mourinho dan Real Madrid

Mourinho secara rasminya telah menjadi jurulatih Real Madrid dan ini merupakan liga Eropah ke empat baginya sebagai Pengurus Pasukan setelah memenangi kejuaraan Liga Portugal, Liga Perdana Inggeris dan Serie A. Mourinho telah menyatakan perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari bek kanan dan kiri di mana Maicon dan Ashley Cole menjadi sasarannya.

4. Gerrard ke Real madrid?

Steven Gerrard dilaporkan menjadi pilihan utama Mourinho untuk mengemudi bahagian tengah Real madrid disamping bekas rakan sepasukan iaitu Xabi Alonso. Mourinho adalah peminat utama Gerrard yang mana dia pernah mengemukakan tawaran rasmi kepada Liverpool sewaktu menjadi jurulatih Chelsea tetapi telah ditolak.

5. Diego Maradonna akan berbogel jika Argentina menang Piala Dunia 2010

Lagenda dan jurulatih pasukan Argentina berjanji kepada media bahawa dia akan berbogel di sekitar Buenos Aires jika Argentina memenangi Piala Dunia 2o1o. Jika menang dia akan mengikuti jejak langkah Mario Zagallo dan Franz Beckenbaeur sebagai individu ketiga yang memenangi Piala Dunia sebagai kapten dan jurulatih.

6. Komen negatif terhadap bola rasmi Piala Dunia 2010 Adidas Jabulani

Terdapat banyak komen negatif yang diterima oleh pihak Adidas dan penganjur Piala Dunia 2010 terhadap bola rasmi "Jabulani" yang mana kestabilan dan berat bola tersebut telah menjadi isu utama. Jika bola Piala Dunia 2006 iaitu "Teamgeist" menjadi rungutan penjaga gol seperti Lehman kerana susah untuk dikawal, Jabulani telah menjadi rungutan pemain utama dunia seperti Casillas, Buffon, Julio Caesar dan juga Pirlo kerana beratnya yang sangat ringan seperti bola tampar. Namun begitu jurucakap Adidas, Thomas Van Schaik mengatakan bahawa bola ini telah digunakan sebelum bermulanya Piala Dunia dan telah diuji oleh pakar. Namun begitu, kebanyakkan liga utama Eropah menggunakan bola tajaan Nike iaitu Total 90. Untuk rekod bola Teamgeist telah terjual sebanyak 9 juta unit.





Wednesday, June 2, 2010

Dilema Peniaga Runcit Asas Tani

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit cerita mengenai dilema yang dihadapi oleh segelintir peniaga runcit barangan pertanian yang jarang didengar memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang ini. Barangan pertanian yang dimaksudkan adalah seperti baja, racun, makanan ternakan dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk bertani. Cerita ini berlaku di negeri Kelantan yang mana ramai golongan miskin bertani sebagai sumber utama untuk mencari rezeki.

Ada beberapa masalah yang menimpa peniaga kedai runcit asas tani di negeri ini. Bukan mudah untuk menjadi peruncit barangan pertanian memandangkan terdapat beberapa halangan yang besar.

Isu 1:

Pertama sekali melibatkan agensi kerajaan yang menjual serta membekalkan alatan pertanian untuk para petani. Contohnya seperti KADA dan PELADANG. Agensi seperti ini menjadi pesaing utama kepada peruncit asas tani kerana mereka mampu membekalkan pelbagai jenis barang yang modalnya dibekalkan oleh kerajaan. Namun begitu, ada sesetengah barang yang dibekalkan lebih mahal dari kedai runcit asas tani seperti benih padi. Apabila ramai petani yang merungut tentang harga benih yang mahal, mereka berubah angin untuk membeli di kedai asas tani lain di mana harganya jauh lebih murah. Malangnya, dengan kuasa yang ada, pihak berwajib telah mengeluarkan pekeliling untuk menyekat penjualan benih padi oleh peruncit yang tidak bernaung di bawah agensi kerajaan. Hal ini telah menutup periuk nasi sesetengah peruncit yang tidak mempnyai kuasa atau kabel.

Isu 2:

Selain dari persaingan dari agensi kerajaan, masalah yang dihadapi oleh peniaga adalah keadaan harga yang tidak stabil dan tidak dikawal. Barang-barang tersebut adalah seperti baja, racun, makanan ternakan dan tanah semaian. Ini mungkin masalah paling besar pada peruncit asas tani kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga barang ini yang didominasi oleh pengilang dan pengedar yang kebanyakkannya datang dari utara dan barat semenanjung. Harga yang naik pula kadangkala boleh mencecah 100% sehingga boleh menjejaskan modal pusingan peruncit. Untuk memborong barangan tersebut pada harga pukal pula melibatkan kos yang tinggi walaupun pada modal yang paling minimum (lebih kurang RM150000). Ini merupakan faktor utama mengapa hanya ada beberapa syarikat sahaja yang membekal barangan pertanian di negeri Kelantan dan majoritinya masyarakat cina yang sudah lama bertapak dalam bidang ini. Harga barangan ini juga naik pada kadar yang singkat. Contohnya pada hari ini, harga baja ialah RM75 dan dua minggu kemudian harga itu boleh meningkat menjadi RM100 serta RM130 pada minggu seterusnya. Hal ini tidak berhenti begitu sahaja kerana pada bila-bila masa sahaja harga tersebut boleh turun atau naik. Bayangkan jika peruncit membeli pada harga borong RM130 dan pada minggu berikutnya harga tersebut turun menjadi RM100. Adakah petani yang sanggup membelinya? Bagaimana pula nasib peruncit?

Isu 3:

Perkara

Hal ketiga pula adalah mengenai subsidi baja dan peralatan pertanian kepada petani. Subsidi ini kadangkala tidak efisien dan tidak sampai kepada petani yang betul-betul memerlukan. Hasilnya, banyak lebihan baja yang tidak digunakan dan dibazirkan. Kadangkala mereka ini pula yang menjual kembali pada peruncit barang-barang tersebut pada harga yang jauh lebih murah. Selain itu pula, cara pemberian subsidi ini telah melumpuhkan perniagaan peruncit asas tani kerana petani tidak akan membeli barang dari peruncit memandangkan agensi kerajaan dan pihak berwajib yang lain akan membekalkan barangan tersebut kepada mereka. Dicadangkan agar sistem kupon diwujudkan dan setiap petani hendaklah menebus kupon-kupon ini di kedai runcit asas tani kerajaan atau bukan kerajaan. Hal ini akan membolehkan setiap keuntungan dikongsi bersama sama ada peruncit atau petani atau kerajaan yang mana setiap subsidi itu kuranglah pembazirannya.Dengan sistem yang sedia ada, peruncit persendirian berasa kerugian yang besar.

Isu 4:

Isu yang keempat melibatkan birokrasi dari sesetengah agensi kerajaan terutamanya pihak yang membiayai pinjaman. Masalah besar yang dihadapi oleh peruncit apabila pihak pembiaya lambat memberi pinjaman. Contohnya jika peruncit ingin membuat pinjaman sebanyak RM20000 sebagai modal pusingan, pinjaman tersebut memakan masa yang lama untuk diluluskan. Ada sesetengah kes yang berlaku apabila pinjaman diluluskan, nilai modal tersebut susut disebabkan susutnya nilai matawang. Hal ini terjadi disebabkan oleh masalah ekonomi serta inflasi barangan pertanian yang tidak pernah reda. Kesan dari masalah ini, dengan modal RM20000 itu, jumlah barang yang ingin dibeli kurang kuantitinya dari kuantiti asal. Sudahlah pinjaman yang diluluskan lambat, tetapi apabila ingin mengutip hutang selalunya mereka ini datang tepat pada masanya. Bila peminjam menghadapi masalah, mereka bukannya membantu tetapi menyalahkan peminjam walaupun rekod peminjam sangat baik dari segi pembayaran balik pinjaman.

Kesimpulan:

Masalah yang dinyatakan di atas, bukan datangnya dari internet, tapi ini adalah realiti hidup peruncit asas tani. Cukup malang apabila ada sebuah kedai asas tani yang pernah mengecap hasil sehingga RM1000 sehari terpaksa ditutup akibat dari pelbagai masalah luaran yang seperti tiada jalan penyelesaiannya. Sebuah kedai lagi mungkin mengalami nasib yang sama jika tiada tindakan susulan. Pelbagai cara telah difikirkan, pelbagai agensi telah ditemui malangnya tiada yang dapat membantu. Sesiapa yang membaca blog ini aku harap dapat memberikan pendapat dan pandangan kerana mungkin ada idea dari korang yang dapat membantu..sekian..chow!..Salam.

Tuesday, June 1, 2010

Mengharapkan Ahli Politik yang Baik Hati

Semenjak dua menjak aku jadi aktif nak menulis pasalnya dah sebulan aku tinggalkan blog ni. Kepada yang membaca, terima kasih. Sori ler sebab blog ni tak cerita pasal gosip artis, lucah, trend make up atau berpakaian serta diari hidup seharian (aku tau blog-blog mcm tu ramai peminat).

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pandangan aku terhadap sesuatu isu dan ingin dikongsi bersama rakan-rakan yang lain sebab setahu aku ramai budak-budak u sekarang yang dah berfikiran jauh dan terbuka. Kali ini aku nak bercakap pasal orang politik. Politik sekarang dah menjadi satu isu yang hangat di negara kita. Sejak akhir-akhir ni banyak isu berkaitan orang-orang politik dan pilihanraya. Satu perkara yang amat menarik adalah bilangan pilihanraya kecil yang makin bertambah disebabkan kematian dan sebagainya. (korang perasan tak hal ni?)

Aku kecewa bila tengok orang politik sekarang yang mana semangat nasionalisme diorang dah makin berkurang. Apa yang aku tengok orang sekarang ni berpolitik disebabkan nak duit, kuasa dan publisiti. Lagi satu aku tengok banyak sangat penipuan dalam politik sekarang. Dah takde halatuju selain untuk kepentingan sendiri dan orang-orang mereka. Diorang ni sedar ke sapa yang pilih diorang?

Diorang ni aktif bila ada pilihanraya, time tu habis duit pembayar cukai diorang guna,rasuah untuk menang pilihanraya, yang tanggung beban adalah rakyat sendiri. Bila dalam parlimen apa yang diorang bisingkan?..mencarut,bergaduh sama sendiri, isu-isu peribadi macam orang takde otak. Yang pegang portfolio kebanyakkannya takde kelulusan berkaitan dengan portfolio yang dipegang. Polisi dan dasar negara bertukar tiap kali tukar menteri sebab ada diorang kisah??. Money first rakyat later..ramai peniaga gulung tikar atas sebab polisi dan dasar yang tak relevan dan berubah-ubah. Duit dihabiskan untuk kroni, projek tak berfaedah dan pembelian yang tak perlu. Yang best bila dalam paper cerita kata berjiwa rakyat, dekat dengan rakyat. Kadang-kadang sakit hati bila ahli politik dok tayang kekayaan macam rumah, harta, kereta dan bini muda depan rakyat. Rakyat dapat apa?, ekonomi dapat apa?

Aku fikir dorang ni patut turun padang, kalau malas sangat hantar orang tengok apa jadi kat rakyat. Kata wakil rakyat tapi dalam parlimen dok bincang hal merapu-rapu. Aku cakap ni merujuk pada semua pihak yang berpolitik sebab sama je semuanya. Ahli Parlimen tempat aku pun tak penah nampak batang hidung kecuali tiba pilihanraya. Fitnah berapi-rapi padahal masing-masing ada kepentingan bersama. Bila semua ni nak berakhir?..tolongla rakyat yang betul-betul merana..Sekali lagi aku bagitau yang aku bukan menentang tapi meluahkan. Mungkin ada yang dah berjaya hasil usaha sendiri, itu aku ucapkan tahniah. Tapi bagi yang kaya atas dasar kroni dan kabel, malu ler korang dengan diri sendiri. Patutla ramai yang keluar bekerja di luar negara. Kerja keras bagi mencapai cita-cita dalam hidup...

Sekian dari aku...Chow!..Salam.

Realiti Ekonomi Kita?

Salam..hari ini entry aku nak bercakap pasal ekonomi pada tafsiran aku yang tak tepat ni. Aku menulis berdasarkan fakta yang aku perolehi dari sumber - sumber tertentu. Ada berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pembacaan di internet. Sekarang ni pun fakta banyak yang tak tepat, dalam buku laporan Perangkaan pun masih ada data yang kosong. Jadi korang buatla penilaian sendiri sebab aku tak suruh pun korang percaya cakap aku. Ada otak masing-masing fikir.

Baru-baru ni aku ada dengar pasal daya saing ekonomi Malaysia naik dari no. 18 ke no.10. Berpusu-pusu la media serata negara membanggakan hal ini sampai 3 hari berturut-turut. Sama macam media bangga bila orang kita dipilih untuk bertemu Obama face to face.(Obama ni member baik Israel). Aku bukannya nak menimbulkan isu, tapi aku terfikir sejenak, adakah betul ekonomi kita sangat baik seperti yang digambarkan oleh media?. Seperti yang aku tau, sebelum ni kita dilanda masalah ekonomi yang dasyat sampai kena bagi stimulus package sampai RM60 billion. Apa yang kita rasa dari stimulus package tu?. Cuba tengok sekarang, unemployment rate naik sampai 5% berbanding 3.5%, POS Malaysia terpaksa "dijual" untuk jana pendapatan, RM14 billion terpaksa "dipinjam" dari orang awam untuk biayai projek yang tak siap-siap. Hal ini yang membuatkan aku tertanya-tanya betul ke ekonomi naik?.

Selama aku dok kat rumah ada banyak kes yang melambangkan kemerosotan ekonomi. Sekarang ni gula susah nak cari dan kalau ada pun harganya sangatla mahal sampai aku pegi kedai makan tu sesetengahnya hanya buat air berasaskan susu. Mak cik yang datang kedai aku pun cakap susah nak cari gula. Aku yakin korang pun setuju harga barang sekarang makin naik. nasik dari harga RM1.50 jadi RM2.50 dan kuih muih pun jadi makin mahal. Barang-barang kedai aku pun jadi makin mahal sampai ada sesetengah barang tu aku tak dapat nak beli balik sebab harga baru naik 100%!. Bila tengok data inflation, makin jatuh pulak dari 5.4% jadi 0.4%..WTH!!!

Satu hal lagi bila aku nak buat pinjaman MARA, diorang kata MARA dah takde duit sekarang, kena tunggu setahun baru dapat duit. Pegi Perangkaan waktu nak mintak keje ari tu dia cakap sekarang dah tak boleh claim sebab Perangkaan takde duit. Gaji fresh graduate yang ada degree sekarang ni pun kebanyakkannya tak cecah RM2000 pun. Gaji 30 tahun dulu untuk budak ijazah lagi mahal dari budak ijazah sekarang. Itu tak campur tolak inflation dan recession lagi. Ekonomi makin meningkat ke?. Lagi satu aku nak bagitau yang satu hari nanti janganla mengharapkan lagi subsidi. Menabung ler dari sekarang sebab nanti Goods and Services Tax datang dan subsidi akan ditarik.

Yang lagi sakit hati bila semua makin teruk, aku tengok orang kaya mengampu makin kaya, makin dapat projek. Macam yang kita tahu banyak projek delay, sangkut, birokrasi, hancur, gajah putih..tapi orang yang sama ni juga yang dapat projek berjuta-juta!. Kerajaan pinjam duit orang awam untuk sediakan infrastruktur, lepas tu bagi kat diorang yang korup. Diorang punya tahap kaya tu sampai menyebabkan poverty level kita jatuh. Realitinya ramai lagi yang miskin Sebab tu ler sekarang ni ramai anak muda yang tak sekolah tapi kuat mengampu boleh jadi jutawan. Guna nama orang-orang tertentu, pakai kabel tak habis-habis (sampai aku pun penah pakai kabel gak nak masuk skolah asrama). Sebab tu ler kes curi kabel kat Malaysia tak setel-setel, semua orang pakai kabel nak duit.

Aku cakap ni berdasarkan pengalaman je, harap janganler ambik hati, aku bukan memberontak tapi ingin berkongsi. Harap ada jalan penyelesaiannya sebab kita semua mengharapkan yang baik-baik saja..sekian dari aku..Salam!

P/S : Sime Darby pun rugi berbilion ringgit!

MAVI MARMARA, CHEONAN DAN...SCOPO!

Post kali ni memang berkaitan dengan kapal. Sejak kebelakangan ni memang banyak kuar cerita negatif tentang kapal. Kapal kat sini tak melibatkan kapal terbang atau kapal mainan.

CERITA KAPAL 1 : MAVI MARMARA

Pertama sekali aku nak cerita pasal insiden di atas kapal milik Turki iaitu Mavi Marmara. Sebelum ni aku ada dengar cerita pasal bantuan ke Gaza dari pertubuhan pelbagai negara macam Turki, Greece, France dan negara-negara Arab. Aku takdela nak ambik port sangat sebab memang banyak bantuan ke Gaza sebelum ni yang dipaparkan. tapi apa yang mengejutkan aku bila kapal bernama Mavi Marmara ini diserang oleh komando Israel (IDF). Dorang (Israel) ni memang suka sangat cari pasal. Boleh plak dorang serang kapal ni sebab cakap sume dalam ni menceroboh dan boleh membahayakan nyawa??. Pastu yang paling sedih bila 16 orang meninggal dunia setelah ditembak oleh komando-komando ni.


Alasan diorang tembak sebab diorang kena serang dengan pisau dan kuali. Err..pisau?..kuali?. Aku tak tau plak sehebat-hebat komando dorang yang lengkap bersenjata ni takut dengan pisau?..or..kuali?. Sakit hati tengok video dorang ditembak sebab nak mempertahankan diri. Kalau tak silap aku ada ramai rakyat dari pelbagai negara macam Belanda, Britain, Indonesia, Malaysia serta lain-lain lagi. Rakyat Turki mencatatkan angka kematian tertinggi. Pihak kedutaan Israel suruh semua orang dia di kedutaan Turki keluar sebab takut diserang pihak tertentu. lepas tu PBB dengan EU macam biasala hanya mengecam je tindakan Israel. Apa nak buat?..Obama sendiri pun cakap sapa yang mengancam Israel mengancam Amerika juga...

Sumber : The Guardian

CERITA KAPAL 2 : CHEONAN

Cerita yang kedua ni plak melibatkan perbalahan 2 negara iaitu Korea Selatan dan Korea Utara (2 negara ni finalis World Cup) disebabkan tenggelamnya kapal perang Korea Selatan iaitu Cheonan (ROKS Cheonan). Kapal ni digunakan sebagai kapal ronda oleh tentera laut Korea Selatan dan khabarnya kapal ni tenggelam berdekatan laut kuning di kawasan Pulau Baengnyeong yang mana pulau tersebut juga dekat dengan Korea Utara. 8 krew kapal berjaya diselamatkan dan sehingga kini belum dapat dipastikan punca sebenar karamnya kapal tersebut.


Korea Selatan mendakwa yang kapal ni telah diserang oleh torpedo Korea Utara namun begitu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Korea Utara. Akibatnya, Korea Selatan telah mengadakan sekatan ekonomi dan bantuan makanan ke atas Korea Utara dan mereka juga mendesak China untuk sama-sama campur tangan dalam isu ni. Jepun, sekutu kuat Korea Selatan telah mengambil langkah menyokong tindakan Korea Selatan tetapi Amerika pula buat tak tahu sebab tengah sibuk dengan isu kapal yang satu lagi (Mavi Marmara) melibatkan negara pasangannya iaitu Israel.Aku dengar sekarang ni dekat kawasan sempadan Korea tengah main tembak-tembak sampai melibatkan kehilangan nyawa. Korea Selatan pula dah mula menjalani latihan askar sebagai persediaan awal. Aku tengok dalam rancangan KBS World artis Korea ni dok nyanyi hepi macam biasa je..hik..hik..hik.

Sumber : Now Public

CERITA KAPAL 3 : SCOPO

Kapal Scopo?. Namanya agak aneh dan fungsinya juga pelbagai. Kapal ni adalah hak milik sebuah negara yang terletak berdekatan Coleo Di Siam. Kapal ini diberikan kepada pihak berbaju putih di negara itu bagi tujuan yang dirahsiakan. Namun begitu yang menjadi masalahnya adalah kerana kapal tersebut tiada kelengkapan yang sepatutnya. Mungkin kapal ini dibeli untuk tujuan berlibur bagi pihak berwajib kerana harganya juga mencecah ribuan juta!. Sekarang ni aku tak pasti apa yang terjadi kat kapal ni. Mungkin terus tenggelam seperti tenggelamnya populariti pembelinya. Di bawah disertakan gambar kapal Scopo yang agak esklusif dan hampir sama bentuknya dengan kapal selam Scorpene buatan negara Perancis.


Sama tapi tak serupa : Scopo (atas) dan Scorpene keluaran France.

Sumber : Pelbagai

Sekian entry terbaru dari blog aku..chow!..Salam.






Monday, May 3, 2010

Berdarah Otak Aku!

Salam semua!..Akhirnya aku dapat peluang menulis sepuas ati, sebab aku dah berjaya keluar dari "beban" yang menimpa selama ni.

Ya!..beban..banyak beban yang datang secara langsung dan tidak langsung dalam hidup kita. Ini semua datang bila kita terlalu banyak berfikir pasal keadaan sekeliling. Semenjak aku memulakan eksplorasi ke alam Ijazah ni banyak benda dan manusia yang buat aku berfikir. Banyak orang kata kenapa nak banyak berfikir sangat?.Cuba go with the flow.Bagi orang yang berfikiran sempit, mereka ikut flow sebab mereka takut nak suarakan pendapat dan takut menghadapi kenyataan walaupun mereka sendiri terseksa dengan kenyataan itu.

Banyak benda perlu diubah, diperbetulkan dan dianalisa kembali. Banyak benda yang tak efisien, yang menyusahkan orang lain, yang menjadi penghalang serta merugikan. Sebagai seorang pelajar, aku rasa aku perlu fikirkan suatu perubahan untuk memajukan sistem yang ada sekarang..sistem, pemikiran dan norma manusia. Malangnya, ramai yang lebih suka lari dari masalah dan menjadi pak turut walaupun dengan cara yang terpaksa. Semua benda ini yang menyebabkan otak aku berdarah!..sudah letih memikirkan apa yang patut diubah, malangnya semua itu hanya retorik..retorik semata-mata..akhirnya menjadi perjuangan tanpa hala tuju.

Terima kasih kepada semua kerana banyak mengajar aku memahami diri sendiri. Aku sukakan suasana ni, suasana yang bebas untuk melontarkan pendapat, mengekspresikan idea dan menganalisa keadaan sekeliling tanpa sekatan. Kepada rakan - rakan diluar sana, jadilah diri anda sendiri dan dalam masa yang sama memperbaiki kelemahan yang ada..sekian..chow!..Salam.

Tuesday, April 20, 2010

Terdedahnya prototype iPhone 4G!


Hari ini aku nak berkongsi satu cerita ringkas bagaimana prototype iPhone 4G boleh terdedah. Hal ini bermula apabila seorang "Software engineer" syarikat Apple telah tertinggal iPhone tersebut di sebuah bar yang dikenali sebagai Gourmet Haus Straut dekat Redwood city. Bar ni terletak berhampiran pejabat Apple. Hendak dijadikan cerita, ada pula seorang hamba Allah telah mengambil iPhone tersebut dan menjualnya kepada sebuah laman web gajet iaitu Gizmodo. Lelaki tersebut telah dibayar sebanyak USD 5000.
Dipendekkan cerita, pihak Apple telah menghantar surat kepada Gizmodo agar mereka memulangkan kembali prototype tersebut. Sekarang ni kedua - dua pihak sedang bertelagah mengenai hak prototype iPhone generasi baru itu. Untuk cerita dan gambar yang lebih lanjut, korang boleh klik kat laman web Gizmodo. Sekian dari aku..chow!..salam.

Saturday, April 10, 2010

Akibat salah guna facebook!



Ini adalah first entry aku untuk bulan April..sempat curi masa untuk menulis dalam blog walaupun jadual agak padat.

Entry kali ini nak cerita pasal Facebook. Sesiapa yang tak tahu apa itu Facebook aku cadangkan korang duduk dalam gua jadi "Caveman". Facebook adalah laman sosial terlaris mengatasi Friendster, Tagged, Myspace, Linkedln dan macam-macam lagi. Pengguna aktif Facebook dianggarkan seramai 400 juta orang di seluruh dunia. Ok, cukup dengan intro sekarang ini aku nak cerita akibat tak reti nak guna Facebook. Ini antara ceritanya:




Kimberley Swann dipecat akibat status Facebook
  • Seorang wanita dari Sepanyol telah menguploadkan banyak gambar-gambar seksi dia kat Facebook untuk tayangan umum. Jadi ramaila yang usha foto-foto dia. Nak dijadikan cerita, ada mamat ni tak tahan pastu ajak dia bercengkerama, tapi perempuan tu menolak. Lelaki tersebut tak puas hati dan pergi rumah perempuan terbabit hingga membawa kepada kematiannya. Dia dapat alamat dan nombor phone melalui info yang dipaparkan di dalam Facebook. Aku malas nak upload gambar dia pasal 18SSG dan 18SX. Siapa yang berani, tengok kat link ni http://ohtidak.com/oh-facebook-membunuh/
  • Cerita ketiga adalah dari pengalaman kawan aku. Suatu hari adala seorang mamat dalam friends list dia pop out kat Facebook chat dan suruh klik kat link yang dia bagi. Dia tak tahu pun yang link tersebut adalah cubaan untuk "phising" akaun dia(lebih kurang hack) dan dia dengan selamba tekan je link tu. Esoknya dia sendiri tak boleh nak akses akaun Facebook dia sebab mamat tu dah tukar password akaun dia. Ape lagi, habis mengarut dia punya status dan benda ni berjaya dihentikan dengan mematikan email dia.(ambik masa 3 bulan gak untuk tutup akaun email)
  • Banyak lagi kisah sadis melibatkan Facebook ni. Yang mengejutkan ramai juga yang dibunuh akibat Facebook. Mereka ni dibunuh sebab upload gambar dengan ex-boyfriend, tulis relationship status "single" dan berkenalan dengan perogol dalam Facebook yang menyamar jadi remaja kacak.

Ashleigh Hall, dibunuh perogol yang dikenali melalui Facebook

Antara nasihat aku kat korang adalah:
  1. Janganla add orang-orang yang tidak dikenali pasal kita tak tahu latar belakang diorang.
  2. Set dan baca pasal security setting pastu belajar untuk guna privacy setting di Facebook korang.
  3. Jangan klik link yang korang tak yakin dan alamat dia panjang semacam tambahan dari orang yang tidak dikenali.
  4. Jangan upload gambar mabuk, gambar seksi, gambar bersosial dan gambar tak senonoh sebab ramai orang boleh tengok antaranya bakal bos korang,family korang,partner korang dan musuh korang.
  5. Jangan letak detail profile kat info macam alamat rumah dan phone number. Kalau nak tulis tempat belajar,tulis yang betul punya.
  6. Jangan post status yang sensitif dan merepek sebab kadang-kadang ada orang akan report dan baca.
  7. Jangan join group-group yang sensitif sebab boleh menyusahkan korang jika orang tertentu baca.
Itu adalah antara cerita dan nasihat aku bagi pengguna-pengguna Facebook sekalian..sekian dari aku..chow!..Salam.

Saturday, March 27, 2010

Tasik dalam gua yang tercantik!

Hari ini entry yang aku nak masukkan untuk tatapan korang adalah berkaitan dengan alam semulajadi yang tidak tercemar lagi. Kalau korang tengok gambar ni, mesti boleh hilang stress punya. Aku nak sertakan beberapa gambar tasik atau kolam di dalam gua yang hanya boleh di jumpai dibeberapa tempat di dunia ini (banyak plak aku punya "di")

1. Wookey cave - Somerset, England



2. Lechuguilla cave - Carlsbad Caverns National Park, New Mexico



3. Macan Ché - Yucatán Peninsula



5. Reed Flute Cave - Guilin, China



6. Hamilton Pool Preserve - Austin, Texas



Untuk maklumat lanjut korang boleh ler rujuk laman web dan blog di bawah ni:

worldwide-travelling.blogspot.com
www.freerepublic.com
travel.webshots.com
http://burgess.ucalgaryblogs.ca

Friday, March 26, 2010

Sistem kita exam oriented?








Entry kali ini agak berat jika dilihat pada tajuknya. Tapi aku cuba untuk meringkaskannya seringkas yang boleh sebab aku tak nak kepala korang stress membaca tajuk ni. Aku sebenarnya dah lama menentang sistem pendidikan kita yang sememangnya memberi tumpuan kepada peperiksaan (exam oriented) berbanding dengan amali. Bagi aku kalau kita terus berpegang pada sistem ni nanti ramai pelajar kita jadi tidak berkualiti sebab asyik hafal teori dan belajar untuk lulus peperiksaan.
Masalahnya sistem kita ni dari kecik sampaila umur dah meningkat naik masih lagi bergantung pada peperiksaan. Aku ringkaskan sedikit sebanyak peperiksaan yang ada dalam Malaysia ni:

1. Peperiksaan akhir tahun + UPSR (darjah 1 - 6)
2. Peperiksaan akhir tahun + PMR (tingkatan 1 - 3)
3. Peperiksaan akhir tahun + SPM (tingkatan 4 - 5)
4. Ujian penilaian lesen memandu (16 tahun - ikut kemampuan)
5. Matrikulasi (umur 18)
6. Peperiksaan universiti (Diploma + ijazah)
7. Penilaian Tahap Kecekapan (bila korang dah kerja dengan Gov. masa nak mohon naik pangkat)

Cuba tengok berapa banyak exam kita kena ambik dan berapa banyak buku kita kena hafal selama kita hidup kat Malaysia ni. Membaca itu elok tapi membaca semata-mata untuk exam ni tak elok sebab menghalang kreativiti otak kita untuk berfikir. Cuba lebihkan kerja kursus dan amali supaya pelajar rasa enjoy dan diberi sedikit kebebasan belajar mengikut kemahuan diorang. Aku rasa exam ni elok untuk subjek mengira dengan sains hayat yang tak memerlukan banyak amali sangat. Dulu aku ingat betapa bestnya buat amali fizik dan komputer sebab masa tu la nak belajar buat benda baru tanpa merujuk teori. Sekarang ni aku tengok budak IT pun rujuk teori walaupun nak buat power point (patutla facebook orang putih yang buat).

Akhir sekali, aku rasa tak heranla bila ramai pelajar kita macam Amalina,Mardhiah dan Atiq boleh dapat sampai sedozen lebih A sebab dari kecik kita memang dididik macam tu. Persoalannya seperti yang pensyarah aku tanya, "di mana mereka pelajar-pelajar yang dapat banyak A ni?, adakah mereka memegang jawatan terpenting dalam firma konglomerat di Malaysia?adakah mereka antara pemimpin negara kita? dan adakah mereka antara yang merangka polisi di Malaysia?". Bukan tujuan untuk memperkecilkan mereka, tapi macam tagline thehairmerapu.com.."bijak itu berbeza dari bijaksana"



Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis, tapi takut korang naik bosan pulak baca benda ilmiah tengahari ni..sape yang ada pendapat,nak bangkang atau nak tambah ape-ape sila tulis di ruangan komen kat bawah..sekian dari aku..chow!..salam.






Saturday, March 20, 2010

Pintu ke neraka?

Pernah tak korang dengar tempat bernama Darwaz dekat Turkmenistan?. Untuk pengetahuan korang tempat ini terkenal dengan tarikan yang digelar "Door to hell". Pintu ke neraka?, yang sebenarnya tempat ni bukannya pintu untuk masuk neraka sebab kalau betul dah lama orang kambus je pintu ni supaya tiada lagi orang dapat masuk neraka,betul tak?.

Ceritanya macam ni, pada tahun 1971 ahli-ahli geologist telah pergi ke wilayah Darwaz yang kaya dengan gas asli bertujuan untuk mencarigali gas. Secara tidak sengaja diorang telah jumpa gua bawah tanah yang penuh dengan gas asli. Selepas itu diorang pun "set up" alat-alat menggerudi atau "drilling rig" untuk menggali gas tersebut. Malangnya, "drilling rig" telah tertimbus jauh ke dalam disebabkan oleh lubang yang terlampau luas.

Oleh kerana dalam lubang terbabit ada banyak gas methana yang boleh membahayakan alam sekitar, para geologist yang terlibat telah membuat keputusan untuk menyalakan api di dalam lubang itu daripada memerangkap gas tersebut yang boleh mengakibatkan methana terlepas ke atmosfera. Sehingga ke hari ini, api di dalam lubang itu masih menyala selepas 39 tahun.












Aku rasa sampai di sini sahaja entry kali ini, tapi apa yang pasti aku akan tulis dan tunjukkan pada korang tentang pelbagai lagi keajaiban di muka bumi kita . Aku yakin ramai di antara tak penah lihat sebelum ini..chow!..salam.

*terima kasih kepada cik Zahida atas idea anda



Wednesday, March 17, 2010

Fun Theory : "fun is the easiest way to change people’s behaviour for the better"


Aku rasa dah lama aku tinggalkan blog ni (lama ke?) sebab aku nak fokuskan pada kerja sekolah aku yang semakin membiak dan kalau tidak diatasi akan menyusahkan aku. Oleh kerana kerja-kerja tersebut sudah selesai, aku ambik kesempatan ni untuk tulis entry terbaru. Untuk entry kali ini aku nak cerita sedikit pasal projek yang dilaksanakan oleh syarikat automotif eropah iaitu VW motors. Syarikat ni bukannya terlibat dalam projek membina lebuhraya atau perumahan, tetapi mereka sedang giat mempromosikan gaya hidup sihat di sekitar eropah.

Diorang panggil projek ni sebagai "Fun Theory" yang mana tujuannya untuk ubah gaya hidup penduduk eropah ke arah yang lebih baik. Walaupun nampak remeh temeh tetapi bagi aku besar impaknya terhadap diri mereka dan alam sekeliling. Antara projek yang terlibat adalah bagaimana untuk menggalakkan penggunaan tangga berbanding elevator, menggalakkan pembuangan sampah,menggalakkan pembuangan botol dan puntung rokok serta pelbagai lagi. Untuk informasi lanjut korang boleh klik link di sebelah http://www.thefuntheory.com/fun-theory-award



Tangga "piano" yang boleh menghasilkan muzik


Antara projek-projek yang terlibat


Sekali lagi aku rasa kagum dengan diorang terutamanya pelajar-pelajar universiti yang terlibat dengan penghasilan idea tersebut. Selain itu aku juga respek abis dengan syarikat VW yang menyokong idea sebegini. Aku berharap pelajar-pelajar kat negara pun akan berusaha menjayakan program yang sama di masa depan..sekian sahaja dari aku..chow!..salam.

Memandangkan internet sekali lagi buat hal, aku boleh bagi beberapa link video "Fun theory" saja untuk korang :



Sunday, March 14, 2010

Hotel untuk mereka yang banyak duit!

Ah!, panas betul cuaca hari ini. Bila rasa panas macam ni aku terbayangkan kalau la aku dapat tidur dalam bilik aircond, mandi swimming pool atau jakuzi sambil minum jus oren. Mungkin ini adalah kebiasaan bagi sesetengah pihak. Kalau korang inginkan tempat menginap yang luar biasa,selesa dan melebihi bajet korang, ini adalah tempat yang sesuai. Jom layan!..


1. Burj Al-Arab (Dubai)






  • Hotel ini terletak atas pulau buatan manusia.
  • Ada restoran dengan court tenis terapung.
  • Harga bilik Royal suites untuk semalaman menginap adalah USD 6850

2. The Fairmont hotel (San Francisco)





  • Perkakasan bilik air penthouse suite dia diperbuat dari emas 24 karat.
  • Ada laluan rahsia belakang rak buku
  • Harga satu malam untuk penthouse suite adalah USD10000

3. Hotel Atlantis (Bahamas)


  • Apa sahaja hiburan korang nak ada dekat sini
  • Siap ada bilik terapung antara 2 blok hotel
  • Atlantis Bride suite ni ada bar lounge sendiri, banyak perkakasan emas dan ada tukang masak khas untuk anda.
  • Harga untuk satu malam adalah USD25000

4. The Plaza hotel (New York)





  • Hotel ini sangatla terkenal dikalangan orang-orang kaya dan selebriti.
  • Terletak berhampiran Central park, New york.
  • Korang boleh bawa chef korang untuk masak dalam suite ni.
  • Dalam Presidential suite ada sauna dan 5 bilik tidur.
  • Harga untuk satu malam adalah USD15000

5. President Wilson hotel (Geneva)







  • Hotel ini memang mementingkan keselamatan pengunjung sebab sering dikunjungi oleh wakil-wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
  • Cermin tingkap adalah kalis peluru.
  • Ada jakuzi dalam suite, 5 bilik tidur,menghadap tasik Geneva dan meja billiard.
  • Untuk Imperial suite harga satu malam adalah USD23600.
Apa pendapat korang?..sesiapa yang rasa ada duit lebih silalah berkunjung ke hotel-hotel ni sebab korang pasti rasa berbaloi..hehe..post ni memang aku tujukan kepada sesiapa yang rasa diri dia sangatla kaya. Bagi korang yang takde duit sangat tu aku cadangkan kat korang janganlah ajak bapak korang pegi sini,sah-sah kena lempang nanti..sekian dari aku..chow!..salam.

Saturday, March 13, 2010

Cenote Angelita : Suatu keajaiban tuhan!

Suatu hari **kawan aku pernah tunjuk pasal sungai dalam laut. Aku memang terkejut dan kagum sebab selama ini aku tak sangka ada sungai di dasar laut. Apa yang buatkan aku kagum macam mana sungai (air tawar) boleh terpisah dalam satu ruang yang sama dengan air laut (air masin) sedangkan kedua-dua jenis air ini mempunyai molekul dan struktur yang berbeza.

Lepas aku tengok video tersebut, aku terus search dalam internet. Baru aku tahu yang di dalam Al-Quran ada dinyatakan pasal sungai dalam laut ni. Ini petikan ayat Al-Quran tersebut :

* “Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ”

(Surah Al-Fushshilat : Ayat 53)

* “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Surah Al -Furqan :Ayat 53)

Mengikut sumber yang aku perolehi, ada sesetengah saintis ingin menafikan petikan ayat Al-Quran ini dengan menggunakan teori saintifik tetapi tidak berjaya. Ada juga blog yang aku baca cakap yang sungai tersebut adalah muara sungai. Sungai ini ditemui oleh seorang penyelam berbangsa Perancis iaitu Jacques Yves Costeau untuk saluran "Discovery". Setelah dia selesai menjalankan pengambaran sungai tersebut, dia telah berjumpa dengan seorang Professor Muslim sebab dia sangatlah pelik dengan apa yang dia temui. Professor tersebut lalu menterjemahkan kepadanya beberapa ayat Al-Quran antaranya Surah Ar-Rahman dan Al-Furqan. Kawan aku kata si Jacques ni dah memeluk agama Islam. Tapi itu aku tak pasti. Maklumat lanjut mengenai sungai tersebut korang boleh la cari sendiri dalam Google atau Yahoo!.

*Kalau ada kesilapan pasal petikan ayat Al-Quran tersebut haraplah dapat diperbetulkan sebab ayat ini di ambil dari sumber internet. Takut ada kesilapan yang dapat merosakkan akidah.

Di sini aku sertakan beberapa keping gambar yang di ambil oleh Encik Jacques :


Korang boleh lihat siap ada daun-daun lagi


Gua dalam laut yang sama



Salah satu pemandangan sungai yang cukup jelas


Dapat dibezakan antara air sungai dan air laut

Kalau korang nak tengok video dia aku sertakan link dekat sini :

The world : made in China

"The people, and the people alone, are the motive force in the making of world history"..Mao Zedong.



Ya!, mereka sekarang sudah menjadi bukan setakat penggerak kepada sejarah dunia, tapi semua hal berkaitan dunia ni mesti berkaitan dengan mereka. Entry kali ini cukup ringkas berkaitan dengan dunia kita sekarang yang semakin dipengaruhi oleh China.



Fakta China !

1. Sukan
Diorang adalah ju
ara sukan Olimpik 2008 dari segi kutipan pingat emas, dominasi sukan badminton,ping-pong,wushyu,terjun kolam dan sebagainya.

2. Ekonomi
Mereka ni adalah kuasa ekonomi ketiga terbesar selepas U.S dan Jepun kalau dikira dari segi "exchange rate" (USD 4.91 trillion nominal GDP). Tapi kalau dikira dari segi kuasa beli (purchasing power parity),mereka ni adalah ekonomi yang kedua di dunia selepas U.S (USD8.8 trillion nominal GDP). Kalau korang nak tau China ni juga banyak selamatkan U.S dengan membeli bon terbitan diorang bagi menambah suntikan kewangan kepada U.S. Selain itu, dorang ni juga adalah negara perdagangan terbesar di dunia dengan menjadi pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia. GDP dorang adalah yang terpantas iaitu purata 10% setiap tahun.Akhir sekali, China dijangka mengambil alih kedudukan U.S sebagai negara pembuatan terbesar.

3. Penduduk
Mempunyai populasi teramai di dunia dengan anggaran 1.3 billion manusia.

4. Pertahanan
Kalau dikira dari segi perbelanjaan peratusan dari GDP, China nombor 25

5. Mempunyai pengguna internet teramai iaitu 298 juta orang.

6. Paling ramai pengguna telefon bimbit iaitu 643 juta orang.

Ini adalah sedikit sebanyak pasal China. Banyak lagi fakta menarik dan merapu pasal negara dorang. Sekarang pun kita tengok dah banyak sangat barang "made in China" kat seluruh dunia. Pernah jadi satu isu kat pasaraya Wal Mart di U.S yang penuh dengan lambakan barangan elektrik buatan China sampai harganya sama dengan sepasang baju dalam wanita. Ini baru cakap pasal negara China dan penduduknya, tak masuk lagi penduduk cina di luar negara. Sekian dari aku..chow!..salam.



Mahathir + Abdullah + Najib = Wawasan 2020

Topik yang ingin aku bincang pada kali ini adalah berkaitan dengan wawasan 2020 yang akan dicapai dalam masa 10 tahun lagi. Aku bukannya hendak mengulas mengenai Wawasan 2020,tapi aku nak cerita apa kaitan antara 3 perdana menteri di atas dengan wawasan 2020.

Aku perasan yang rupanya ada maksud disebalik setiap polisi perdana menteri kita. Hal ini aku sedari masa pensyarah aku tengah membebel pasal polisi-polisi di Malaysia. Secara ringkasnya wawasan 2020 ini akan tercapai bila :
  1. kukuhnya ekonomi
  2. majunya teknologi
  3. kuatnya rohani atau spiritual;
  4. dan bersatunya setiap kaum.
Cuba korang ingat balik polisi-polisi perdana menteri kita bermula dari Mahathir sampai ke Najib. Apa yang dorang tekankan? Di sini aku nak buat analisa sendiri tentang peranan setiap perdana menteri terhadap kesinambungan wawasan 2020. Aku tengok macam benda ni sudah dirancang atau ianya sekadar kebetulan?

1. Mahathir Mohammad :
Tugas Mahathir adalah penumpuan terhadap aspek teknologi dan maklumat serta pembangunan. Mahathir popular dengan projek "Multimedia Super Corridor" (MSC), melancarkan Proton, memperkenalkan cip terkecil di dunia, dan pelbagai projek infrastruktur kelas pertama seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLCC, KLIA dan Sepang Circuit. Ini adalah peringkat pertama wawasan 2020 iaitu kukuhkan tapak asas bagi mencapai status negara maju seperti infrastruktur,teknologi dan mentaliti. Sebab itulah kalau korang perasan Mahathir nak juga siapkan projek-projek dia walaupun negara ada masalah ekonomi.

2. Abdullah Badawi
Setelah Mahathir menyediakan tapak yang kukuh, Mahathir telah melantik Abdullah yang mempunyai latar belakang agama untuk menyambung legasi beliau. Ini semua bertujuan untuk mencapai objektif seterusnya iaitu rohani yang kuat. Kalau korang perasan, sebab itulah Abdullah melancarkan Islam Hadhari dan kempen menghapuskan rasuah. Beliau juga menambah sedikit lagi projek koridor seperti Wilayah Iskandar dan ECER agar tidak hanya tertumpu disekitar lembah Klang. Tapi fokus utama beliau adalah pada kerohanian dan spiritual.
Sekarang barula kita tahu kenapa wujudnya Islam Hadhari tersebut.

3. Najib Tun Razak
Oleh kerana Abdullah dilihat sebagi satu kegagalan, maka Najib telah diberi tanggungjawab sebagai perdana menteri. Tugas Najib adalah untuk mencapai matlamat yang terakhir iaitu menyatu padukan rakyat sebagai satu bangsa Malaysia. Oleh kerana ini adalah tugas yang paling sukar untuk dicapai secara praktikalnya, maka tempoh yang diberi untuk menjayakannya adalah agak lama. Ini adalah faktor kepada kewujudan konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia ini pula bukan sekadar tertumpu pada penyatuan kaum, tetapi juga penyatuan ekonomi. Sebab itulah Najib ingin menarik balik subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan servis supaya setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa sama-sama menyumbang ke arah pembangunan ekonomi.

Perkara di atas hanyalah pendapat aku saja, korang rasa tidak setuju dengan aku pun takde masalah punya. Sekian dari aku..chow!..salam.