Baru-baru ni aku ada dengar pasal daya saing ekonomi Malaysia naik dari no. 18 ke no.10. Berpusu-pusu la media serata negara membanggakan hal ini sampai 3 hari berturut-turut. Sama macam media bangga bila orang kita dipilih untuk bertemu Obama face to face.(Obama ni member baik Israel). Aku bukannya nak menimbulkan isu, tapi aku terfikir sejenak, adakah betul ekonomi kita sangat baik seperti yang digambarkan oleh media?. Seperti yang aku tau, sebelum ni kita dilanda masalah ekonomi yang dasyat sampai kena bagi stimulus package sampai RM60 billion. Apa yang kita rasa dari stimulus package tu?. Cuba tengok sekarang, unemployment rate naik sampai 5% berbanding 3.5%, POS Malaysia terpaksa "dijual" untuk jana pendapatan, RM14 billion terpaksa "dipinjam" dari orang awam untuk biayai projek yang tak siap-siap. Hal ini yang membuatkan aku tertanya-tanya betul ke ekonomi naik?.
Selama aku dok kat rumah ada banyak kes yang melambangkan kemerosotan ekonomi. Sekarang ni gula susah nak cari dan kalau ada pun harganya sangatla mahal sampai aku pegi kedai makan tu sesetengahnya hanya buat air berasaskan susu. Mak cik yang datang kedai aku pun cakap susah nak cari gula. Aku yakin korang pun setuju harga barang sekarang makin naik. nasik dari harga RM1.50 jadi RM2.50 dan kuih muih pun jadi makin mahal. Barang-barang kedai aku pun jadi makin mahal sampai ada sesetengah barang tu aku tak dapat nak beli balik sebab harga baru naik 100%!. Bila tengok data inflation, makin jatuh pulak dari 5.4% jadi 0.4%..WTH!!!
Satu hal lagi bila aku nak buat pinjaman MARA, diorang kata MARA dah takde duit sekarang, kena tunggu setahun baru dapat duit. Pegi Perangkaan waktu nak mintak keje ari tu dia cakap sekarang dah tak boleh claim sebab Perangkaan takde duit. Gaji fresh graduate yang ada degree sekarang ni pun kebanyakkannya tak cecah RM2000 pun. Gaji 30 tahun dulu untuk budak ijazah lagi mahal dari budak ijazah sekarang. Itu tak campur tolak inflation dan recession lagi. Ekonomi makin meningkat ke?. Lagi satu aku nak bagitau yang satu hari nanti janganla mengharapkan lagi subsidi. Menabung ler dari sekarang sebab nanti Goods and Services Tax datang dan subsidi akan ditarik.
Yang lagi sakit hati bila semua makin teruk, aku tengok orang kaya mengampu makin kaya, makin dapat projek. Macam yang kita tahu banyak projek delay, sangkut, birokrasi, hancur, gajah putih..tapi orang yang sama ni juga yang dapat projek berjuta-juta!. Kerajaan pinjam duit orang awam untuk sediakan infrastruktur, lepas tu bagi kat diorang yang korup. Diorang punya tahap kaya tu sampai menyebabkan poverty level kita jatuh. Realitinya ramai lagi yang miskin Sebab tu ler sekarang ni ramai anak muda yang tak sekolah tapi kuat mengampu boleh jadi jutawan. Guna nama orang-orang tertentu, pakai kabel tak habis-habis (sampai aku pun penah pakai kabel gak nak masuk skolah asrama). Sebab tu ler kes curi kabel kat Malaysia tak setel-setel, semua orang pakai kabel nak duit.
Aku cakap ni berdasarkan pengalaman je, harap janganler ambik hati, aku bukan memberontak tapi ingin berkongsi. Harap ada jalan penyelesaiannya sebab kita semua mengharapkan yang baik-baik saja..sekian dari aku..Salam!
P/S : Sime Darby pun rugi berbilion ringgit!
petrol pun nak naik lagi ni...
ReplyDeleteakhirnya bercerita tentang ekonomi.
ReplyDeletepada aku ekonomi malaysia bukan dalam keadaan yang baik. banyak perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku beserta korupsi yang berleluasa.
kita boleh lihat bagaimana projek 'MEGA' yang Malaysia buat tidak digunakan sepenuhnya. (baca; KLCC dan F1)
juga dapat dilihat korupsi yang sangat membimbangkan (baca; PKFZ, SIME DARBY, PERWAJA, BANK ISLAM). ini perkara serius.
oh tidak lupa perbelanjaan negara yang tidak relevan bagi aku (baca; bayaran APCO rm77juta, iklan di majalah UK menyambut kehadiran Datin Rosma - nilai jutaan.
bagi kes subsidi, memang kita tidak lagi seharusnya bergantung harap pada subsidi sepenuhnya. tapi bagi aku kepentingan rakyat yang terbeban (mungkin yang baca ini akan berseloroh dan berkata "pandai-pandai la berusaha cari makan, poket sendiri kot") yang terposok di dlm kwsan perkampungan, keluarga miskin tegar (saya yakin pembaca semua mampu, ini golongan yang tidak empunya suara dimana-mana maksud aku).
apa yang perlu dibuat sekarang bentuk sistem baru, buang sistem yang bodoh dan baghal.