melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Saturday, March 27, 2010

Tasik dalam gua yang tercantik!

Hari ini entry yang aku nak masukkan untuk tatapan korang adalah berkaitan dengan alam semulajadi yang tidak tercemar lagi. Kalau korang tengok gambar ni, mesti boleh hilang stress punya. Aku nak sertakan beberapa gambar tasik atau kolam di dalam gua yang hanya boleh di jumpai dibeberapa tempat di dunia ini (banyak plak aku punya "di")

1. Wookey cave - Somerset, England



2. Lechuguilla cave - Carlsbad Caverns National Park, New Mexico



3. Macan Ché - Yucatán Peninsula



5. Reed Flute Cave - Guilin, China



6. Hamilton Pool Preserve - Austin, Texas



Untuk maklumat lanjut korang boleh ler rujuk laman web dan blog di bawah ni:

worldwide-travelling.blogspot.com
www.freerepublic.com
travel.webshots.com
http://burgess.ucalgaryblogs.ca

Friday, March 26, 2010

Sistem kita exam oriented?








Entry kali ini agak berat jika dilihat pada tajuknya. Tapi aku cuba untuk meringkaskannya seringkas yang boleh sebab aku tak nak kepala korang stress membaca tajuk ni. Aku sebenarnya dah lama menentang sistem pendidikan kita yang sememangnya memberi tumpuan kepada peperiksaan (exam oriented) berbanding dengan amali. Bagi aku kalau kita terus berpegang pada sistem ni nanti ramai pelajar kita jadi tidak berkualiti sebab asyik hafal teori dan belajar untuk lulus peperiksaan.
Masalahnya sistem kita ni dari kecik sampaila umur dah meningkat naik masih lagi bergantung pada peperiksaan. Aku ringkaskan sedikit sebanyak peperiksaan yang ada dalam Malaysia ni:

1. Peperiksaan akhir tahun + UPSR (darjah 1 - 6)
2. Peperiksaan akhir tahun + PMR (tingkatan 1 - 3)
3. Peperiksaan akhir tahun + SPM (tingkatan 4 - 5)
4. Ujian penilaian lesen memandu (16 tahun - ikut kemampuan)
5. Matrikulasi (umur 18)
6. Peperiksaan universiti (Diploma + ijazah)
7. Penilaian Tahap Kecekapan (bila korang dah kerja dengan Gov. masa nak mohon naik pangkat)

Cuba tengok berapa banyak exam kita kena ambik dan berapa banyak buku kita kena hafal selama kita hidup kat Malaysia ni. Membaca itu elok tapi membaca semata-mata untuk exam ni tak elok sebab menghalang kreativiti otak kita untuk berfikir. Cuba lebihkan kerja kursus dan amali supaya pelajar rasa enjoy dan diberi sedikit kebebasan belajar mengikut kemahuan diorang. Aku rasa exam ni elok untuk subjek mengira dengan sains hayat yang tak memerlukan banyak amali sangat. Dulu aku ingat betapa bestnya buat amali fizik dan komputer sebab masa tu la nak belajar buat benda baru tanpa merujuk teori. Sekarang ni aku tengok budak IT pun rujuk teori walaupun nak buat power point (patutla facebook orang putih yang buat).

Akhir sekali, aku rasa tak heranla bila ramai pelajar kita macam Amalina,Mardhiah dan Atiq boleh dapat sampai sedozen lebih A sebab dari kecik kita memang dididik macam tu. Persoalannya seperti yang pensyarah aku tanya, "di mana mereka pelajar-pelajar yang dapat banyak A ni?, adakah mereka memegang jawatan terpenting dalam firma konglomerat di Malaysia?adakah mereka antara pemimpin negara kita? dan adakah mereka antara yang merangka polisi di Malaysia?". Bukan tujuan untuk memperkecilkan mereka, tapi macam tagline thehairmerapu.com.."bijak itu berbeza dari bijaksana"



Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis, tapi takut korang naik bosan pulak baca benda ilmiah tengahari ni..sape yang ada pendapat,nak bangkang atau nak tambah ape-ape sila tulis di ruangan komen kat bawah..sekian dari aku..chow!..salam.






Saturday, March 20, 2010

Pintu ke neraka?

Pernah tak korang dengar tempat bernama Darwaz dekat Turkmenistan?. Untuk pengetahuan korang tempat ini terkenal dengan tarikan yang digelar "Door to hell". Pintu ke neraka?, yang sebenarnya tempat ni bukannya pintu untuk masuk neraka sebab kalau betul dah lama orang kambus je pintu ni supaya tiada lagi orang dapat masuk neraka,betul tak?.

Ceritanya macam ni, pada tahun 1971 ahli-ahli geologist telah pergi ke wilayah Darwaz yang kaya dengan gas asli bertujuan untuk mencarigali gas. Secara tidak sengaja diorang telah jumpa gua bawah tanah yang penuh dengan gas asli. Selepas itu diorang pun "set up" alat-alat menggerudi atau "drilling rig" untuk menggali gas tersebut. Malangnya, "drilling rig" telah tertimbus jauh ke dalam disebabkan oleh lubang yang terlampau luas.

Oleh kerana dalam lubang terbabit ada banyak gas methana yang boleh membahayakan alam sekitar, para geologist yang terlibat telah membuat keputusan untuk menyalakan api di dalam lubang itu daripada memerangkap gas tersebut yang boleh mengakibatkan methana terlepas ke atmosfera. Sehingga ke hari ini, api di dalam lubang itu masih menyala selepas 39 tahun.












Aku rasa sampai di sini sahaja entry kali ini, tapi apa yang pasti aku akan tulis dan tunjukkan pada korang tentang pelbagai lagi keajaiban di muka bumi kita . Aku yakin ramai di antara tak penah lihat sebelum ini..chow!..salam.

*terima kasih kepada cik Zahida atas idea anda



Wednesday, March 17, 2010

Fun Theory : "fun is the easiest way to change people’s behaviour for the better"


Aku rasa dah lama aku tinggalkan blog ni (lama ke?) sebab aku nak fokuskan pada kerja sekolah aku yang semakin membiak dan kalau tidak diatasi akan menyusahkan aku. Oleh kerana kerja-kerja tersebut sudah selesai, aku ambik kesempatan ni untuk tulis entry terbaru. Untuk entry kali ini aku nak cerita sedikit pasal projek yang dilaksanakan oleh syarikat automotif eropah iaitu VW motors. Syarikat ni bukannya terlibat dalam projek membina lebuhraya atau perumahan, tetapi mereka sedang giat mempromosikan gaya hidup sihat di sekitar eropah.

Diorang panggil projek ni sebagai "Fun Theory" yang mana tujuannya untuk ubah gaya hidup penduduk eropah ke arah yang lebih baik. Walaupun nampak remeh temeh tetapi bagi aku besar impaknya terhadap diri mereka dan alam sekeliling. Antara projek yang terlibat adalah bagaimana untuk menggalakkan penggunaan tangga berbanding elevator, menggalakkan pembuangan sampah,menggalakkan pembuangan botol dan puntung rokok serta pelbagai lagi. Untuk informasi lanjut korang boleh klik link di sebelah http://www.thefuntheory.com/fun-theory-award



Tangga "piano" yang boleh menghasilkan muzik


Antara projek-projek yang terlibat


Sekali lagi aku rasa kagum dengan diorang terutamanya pelajar-pelajar universiti yang terlibat dengan penghasilan idea tersebut. Selain itu aku juga respek abis dengan syarikat VW yang menyokong idea sebegini. Aku berharap pelajar-pelajar kat negara pun akan berusaha menjayakan program yang sama di masa depan..sekian sahaja dari aku..chow!..salam.

Memandangkan internet sekali lagi buat hal, aku boleh bagi beberapa link video "Fun theory" saja untuk korang :



Sunday, March 14, 2010

Hotel untuk mereka yang banyak duit!

Ah!, panas betul cuaca hari ini. Bila rasa panas macam ni aku terbayangkan kalau la aku dapat tidur dalam bilik aircond, mandi swimming pool atau jakuzi sambil minum jus oren. Mungkin ini adalah kebiasaan bagi sesetengah pihak. Kalau korang inginkan tempat menginap yang luar biasa,selesa dan melebihi bajet korang, ini adalah tempat yang sesuai. Jom layan!..


1. Burj Al-Arab (Dubai)






  • Hotel ini terletak atas pulau buatan manusia.
  • Ada restoran dengan court tenis terapung.
  • Harga bilik Royal suites untuk semalaman menginap adalah USD 6850

2. The Fairmont hotel (San Francisco)





  • Perkakasan bilik air penthouse suite dia diperbuat dari emas 24 karat.
  • Ada laluan rahsia belakang rak buku
  • Harga satu malam untuk penthouse suite adalah USD10000

3. Hotel Atlantis (Bahamas)


  • Apa sahaja hiburan korang nak ada dekat sini
  • Siap ada bilik terapung antara 2 blok hotel
  • Atlantis Bride suite ni ada bar lounge sendiri, banyak perkakasan emas dan ada tukang masak khas untuk anda.
  • Harga untuk satu malam adalah USD25000

4. The Plaza hotel (New York)





  • Hotel ini sangatla terkenal dikalangan orang-orang kaya dan selebriti.
  • Terletak berhampiran Central park, New york.
  • Korang boleh bawa chef korang untuk masak dalam suite ni.
  • Dalam Presidential suite ada sauna dan 5 bilik tidur.
  • Harga untuk satu malam adalah USD15000

5. President Wilson hotel (Geneva)







  • Hotel ini memang mementingkan keselamatan pengunjung sebab sering dikunjungi oleh wakil-wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
  • Cermin tingkap adalah kalis peluru.
  • Ada jakuzi dalam suite, 5 bilik tidur,menghadap tasik Geneva dan meja billiard.
  • Untuk Imperial suite harga satu malam adalah USD23600.
Apa pendapat korang?..sesiapa yang rasa ada duit lebih silalah berkunjung ke hotel-hotel ni sebab korang pasti rasa berbaloi..hehe..post ni memang aku tujukan kepada sesiapa yang rasa diri dia sangatla kaya. Bagi korang yang takde duit sangat tu aku cadangkan kat korang janganlah ajak bapak korang pegi sini,sah-sah kena lempang nanti..sekian dari aku..chow!..salam.

Saturday, March 13, 2010

Cenote Angelita : Suatu keajaiban tuhan!

Suatu hari **kawan aku pernah tunjuk pasal sungai dalam laut. Aku memang terkejut dan kagum sebab selama ini aku tak sangka ada sungai di dasar laut. Apa yang buatkan aku kagum macam mana sungai (air tawar) boleh terpisah dalam satu ruang yang sama dengan air laut (air masin) sedangkan kedua-dua jenis air ini mempunyai molekul dan struktur yang berbeza.

Lepas aku tengok video tersebut, aku terus search dalam internet. Baru aku tahu yang di dalam Al-Quran ada dinyatakan pasal sungai dalam laut ni. Ini petikan ayat Al-Quran tersebut :

* “Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ”

(Surah Al-Fushshilat : Ayat 53)

* “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Surah Al -Furqan :Ayat 53)

Mengikut sumber yang aku perolehi, ada sesetengah saintis ingin menafikan petikan ayat Al-Quran ini dengan menggunakan teori saintifik tetapi tidak berjaya. Ada juga blog yang aku baca cakap yang sungai tersebut adalah muara sungai. Sungai ini ditemui oleh seorang penyelam berbangsa Perancis iaitu Jacques Yves Costeau untuk saluran "Discovery". Setelah dia selesai menjalankan pengambaran sungai tersebut, dia telah berjumpa dengan seorang Professor Muslim sebab dia sangatlah pelik dengan apa yang dia temui. Professor tersebut lalu menterjemahkan kepadanya beberapa ayat Al-Quran antaranya Surah Ar-Rahman dan Al-Furqan. Kawan aku kata si Jacques ni dah memeluk agama Islam. Tapi itu aku tak pasti. Maklumat lanjut mengenai sungai tersebut korang boleh la cari sendiri dalam Google atau Yahoo!.

*Kalau ada kesilapan pasal petikan ayat Al-Quran tersebut haraplah dapat diperbetulkan sebab ayat ini di ambil dari sumber internet. Takut ada kesilapan yang dapat merosakkan akidah.

Di sini aku sertakan beberapa keping gambar yang di ambil oleh Encik Jacques :


Korang boleh lihat siap ada daun-daun lagi


Gua dalam laut yang sama



Salah satu pemandangan sungai yang cukup jelas


Dapat dibezakan antara air sungai dan air laut

Kalau korang nak tengok video dia aku sertakan link dekat sini :

The world : made in China

"The people, and the people alone, are the motive force in the making of world history"..Mao Zedong.



Ya!, mereka sekarang sudah menjadi bukan setakat penggerak kepada sejarah dunia, tapi semua hal berkaitan dunia ni mesti berkaitan dengan mereka. Entry kali ini cukup ringkas berkaitan dengan dunia kita sekarang yang semakin dipengaruhi oleh China.



Fakta China !

1. Sukan
Diorang adalah ju
ara sukan Olimpik 2008 dari segi kutipan pingat emas, dominasi sukan badminton,ping-pong,wushyu,terjun kolam dan sebagainya.

2. Ekonomi
Mereka ni adalah kuasa ekonomi ketiga terbesar selepas U.S dan Jepun kalau dikira dari segi "exchange rate" (USD 4.91 trillion nominal GDP). Tapi kalau dikira dari segi kuasa beli (purchasing power parity),mereka ni adalah ekonomi yang kedua di dunia selepas U.S (USD8.8 trillion nominal GDP). Kalau korang nak tau China ni juga banyak selamatkan U.S dengan membeli bon terbitan diorang bagi menambah suntikan kewangan kepada U.S. Selain itu, dorang ni juga adalah negara perdagangan terbesar di dunia dengan menjadi pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia. GDP dorang adalah yang terpantas iaitu purata 10% setiap tahun.Akhir sekali, China dijangka mengambil alih kedudukan U.S sebagai negara pembuatan terbesar.

3. Penduduk
Mempunyai populasi teramai di dunia dengan anggaran 1.3 billion manusia.

4. Pertahanan
Kalau dikira dari segi perbelanjaan peratusan dari GDP, China nombor 25

5. Mempunyai pengguna internet teramai iaitu 298 juta orang.

6. Paling ramai pengguna telefon bimbit iaitu 643 juta orang.

Ini adalah sedikit sebanyak pasal China. Banyak lagi fakta menarik dan merapu pasal negara dorang. Sekarang pun kita tengok dah banyak sangat barang "made in China" kat seluruh dunia. Pernah jadi satu isu kat pasaraya Wal Mart di U.S yang penuh dengan lambakan barangan elektrik buatan China sampai harganya sama dengan sepasang baju dalam wanita. Ini baru cakap pasal negara China dan penduduknya, tak masuk lagi penduduk cina di luar negara. Sekian dari aku..chow!..salam.



Mahathir + Abdullah + Najib = Wawasan 2020

Topik yang ingin aku bincang pada kali ini adalah berkaitan dengan wawasan 2020 yang akan dicapai dalam masa 10 tahun lagi. Aku bukannya hendak mengulas mengenai Wawasan 2020,tapi aku nak cerita apa kaitan antara 3 perdana menteri di atas dengan wawasan 2020.

Aku perasan yang rupanya ada maksud disebalik setiap polisi perdana menteri kita. Hal ini aku sedari masa pensyarah aku tengah membebel pasal polisi-polisi di Malaysia. Secara ringkasnya wawasan 2020 ini akan tercapai bila :
  1. kukuhnya ekonomi
  2. majunya teknologi
  3. kuatnya rohani atau spiritual;
  4. dan bersatunya setiap kaum.
Cuba korang ingat balik polisi-polisi perdana menteri kita bermula dari Mahathir sampai ke Najib. Apa yang dorang tekankan? Di sini aku nak buat analisa sendiri tentang peranan setiap perdana menteri terhadap kesinambungan wawasan 2020. Aku tengok macam benda ni sudah dirancang atau ianya sekadar kebetulan?

1. Mahathir Mohammad :
Tugas Mahathir adalah penumpuan terhadap aspek teknologi dan maklumat serta pembangunan. Mahathir popular dengan projek "Multimedia Super Corridor" (MSC), melancarkan Proton, memperkenalkan cip terkecil di dunia, dan pelbagai projek infrastruktur kelas pertama seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLCC, KLIA dan Sepang Circuit. Ini adalah peringkat pertama wawasan 2020 iaitu kukuhkan tapak asas bagi mencapai status negara maju seperti infrastruktur,teknologi dan mentaliti. Sebab itulah kalau korang perasan Mahathir nak juga siapkan projek-projek dia walaupun negara ada masalah ekonomi.

2. Abdullah Badawi
Setelah Mahathir menyediakan tapak yang kukuh, Mahathir telah melantik Abdullah yang mempunyai latar belakang agama untuk menyambung legasi beliau. Ini semua bertujuan untuk mencapai objektif seterusnya iaitu rohani yang kuat. Kalau korang perasan, sebab itulah Abdullah melancarkan Islam Hadhari dan kempen menghapuskan rasuah. Beliau juga menambah sedikit lagi projek koridor seperti Wilayah Iskandar dan ECER agar tidak hanya tertumpu disekitar lembah Klang. Tapi fokus utama beliau adalah pada kerohanian dan spiritual.
Sekarang barula kita tahu kenapa wujudnya Islam Hadhari tersebut.

3. Najib Tun Razak
Oleh kerana Abdullah dilihat sebagi satu kegagalan, maka Najib telah diberi tanggungjawab sebagai perdana menteri. Tugas Najib adalah untuk mencapai matlamat yang terakhir iaitu menyatu padukan rakyat sebagai satu bangsa Malaysia. Oleh kerana ini adalah tugas yang paling sukar untuk dicapai secara praktikalnya, maka tempoh yang diberi untuk menjayakannya adalah agak lama. Ini adalah faktor kepada kewujudan konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia ini pula bukan sekadar tertumpu pada penyatuan kaum, tetapi juga penyatuan ekonomi. Sebab itulah Najib ingin menarik balik subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan servis supaya setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa sama-sama menyumbang ke arah pembangunan ekonomi.

Perkara di atas hanyalah pendapat aku saja, korang rasa tidak setuju dengan aku pun takde masalah punya. Sekian dari aku..chow!..salam.

Friday, March 12, 2010

20 fakta merapu tapi benar!

Dalam entry kali ini aku nak bagitau korang semua fakta yang merapu tapi benar. Fakta-fakta ni sangatla melucukan dan juga menakjubkan. Apa kata kita layankan saja!
  1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan "set" mempunyai paling banyak maksud.
  2. "French kiss" di panggil "English kiss" di Perancis.
  3. Jangan ingat korang boleh bunuh diri dengan menahan nafas sendiri kerana ianya tidak akan berkesan.
  4. Di setiap benua dalam dunia ini ada bandar yang bernama "Rome"
  5. Adalah salah di sisi undang-undang Iceland untuk memiliki anjing peliharaan.
  6. Lipas boleh hidup selama beberapa minggu walaupun tanpa kepala.
  7. Manusia yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang menggunakan tangan kiri (ayarkk!)
  8. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.
  9. Corak (cap) lidah adalah berbeza bagi setiap manusia sama seperti cap jari.
  10. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih pantas berbanding kuku jari kaki.
  11. Kebanyakkan habuk yang berterbangan di rumah korang adalah sel kulit mati!.
  12. Adolf Hitler adalah "vegetarian" dan hanya mempunyai satu testikel!..opppsss..
  13. Warna "Coca-Cola" sebenarnya hijau kalau bukan disebabkan oleh pewarna.
  14. Lebih ramai manusia mati akibat disengat tebuan berbanding dipatuk ular.
  15. Ada 6 bahasa utama yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Inggeris, Arab, Perancis, Cina, Russia dan Sepanyol.
  16. Planet bumi (earth) adalah satu-satunya planet yang tidak diberi sempena nama tuhan.
  17. Pada awal kelahiran kita mempunyai 300 tulang tetapi apabila dewasa tulang berkurangan kepada hanya 206.
  18. Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.
  19. Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  20. Zirafah boleh membersihkan telinga dengan lidahnya yang berukuran 21 inci.
(Sumber : http://www.world-english.org/facts.htm)

Belajar dari blog

Dalam entry pendek ni aku nak kongsi pendapat aku mengenai blog. Bagi aku blog ni secara tidak sedar ada banyak juga kelebihan. Yang paling ketara adalah, blog ni boleh menjana minda seseorang memandangkan tiap hari penulis kena cari topik yang menarik untuk ditulis. Ini menyebabkan otak menjadi aktif untuk berfikir setiap hari. Apa yang menarik lagi bila aku tulis blog ni ialah aku secara tidak langsung jadi makin banyak membaca dan berdiskusi dengan kawan-kawan aku bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu topik. Ikut kata pensyarah aku, untuk jadi rakyat mentaliti kelas pertama kita kena banyak membaca dan berdiskusi.

Namun begitu topik dan perbincangan haruslah berfaedah dan bukannya remeh temeh seperti gosip artis,menjatuhkan maruah orang,memfitnah,memaki hamun dan berunsur lucah. Kalau korang minat tulis blog yang macam diari pun tak mengapa juga sebab mungkin korang suka berkongsi pengalaman. Pengalaman ni kadang-kadang seronok juga untuk dikongsi tambahan pulak kalau pengalamn baru.

Ape yang aku bagitau ni adalah sekadar pandangan dan pendapat sahaja. bagi aku ape sahaja perkara yang kita lakukan ada baik buruknya. Semuanya bergantung pada kita dan kadang secara tidak sedar apa yang kita lakukan itu banyak kebaikannya cuma kita sahaja yang tidak peka..Sekian dari aku..chow!..salam.

Teknologi hijau..mereka sudah ke hadapan.

Untuk entry pada kali ini aku ingin berkongsi tentang teknologi hijau yang menjadi satu topik hangat di negara barat di mana mereka telah mencipta pelbagai produk yang mampu menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat. Aku sangat kagum dengan pelbagai teknologi yang dihasilkan seperti barangan elektronik, rumah serta perkakasan rumah. Aku juga ingin memuji cara mereka berfikir dan tahap kekreatifan mereka untuk menjaga alam sekitar. Inilah yang aku harapkan dari pejuang alam sekitar dan kerajaan di negara kita. Janganlah hanya melemparkan retorik semata-mata tanpa mengambil tindakan yang proaktif. Bagi yang ingin menyumbang pada alam sekitar, mulakan dengan perkara yang remeh dahulu seperti membuang sampah dengan cara yang betul dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Di sini aku ingin paparkan beberapa teknologi hijau yang dihasilkan oleh "designer" dari Eropah dan juga Amerika. Kadang-kadang mereka ini mempunyai idea yang gila tetapi tidak mustahil untuk di hasilkan.

1. Airblade™ by Dyson

  • Alat pengering tangan (hairdryer)
  • Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
  • Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
  • Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
  • Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.
2. Dyson DC22


  • Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
  • Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
  • Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
  • Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
  • Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.
3. NoMix


  • Sejenis mangkuk tandas.
  • Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
  • Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
  • Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
  • Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.
4. FabTree


  • Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
  • Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
  • Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.
5. Voltpot
  • Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
  • Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
  • Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
  • Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
  • Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
Secara praktikalnya, FabTree masih belum wujud memandangkan kajian sepenuhnya masih belum siap lagi. Akan tetapi, mengikut penyelidik tersebut hal ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Thursday, March 11, 2010

20 manusia terkaya di muka bumi!

Ini adalah berita yang paling aku nantikan tahun ini. Aku terfikir siapakah gerangan manusia yang akan dinobatkan sebagai manusia paling kaya di planet bumi. Seperti yang kita tahu, manusia yang sering kali menduduki tangga teratas adalah Bill Gates iaitu pengasas "Microsoft". Hampir sedekad Bill Gates menguasai carta manusia terkaya di dunia. Daripada sekolah lagi aku suka sangat mengikuti perkembangan pasal kekayaan manusia sebab dulu aku selalu juga baca majalah "Massa" yang mana penerbitannya sudah dihentikan.

Baiklah, berdasarkan apa yang aku baca daripada laman web Forbes.com, kedudukan manusia terkaya di dunia sudah berubah. Nampaknya penguasaan Bill Gates sudah berjaya diatasi oleh seorang ahli perniagaan dari Mexico iaitu Carlos Slim Helu yang memiliki syarikat telekomunikasi terbesar di Amerika Selatan, "American Movil". Selain itu beliau juga memiliki pelbagai lagi cabang perniagaan antaranya pembinaan, Media cetak dan juga syarikat kewangan. Harta terkumpul Carlos dianggarkan bernilai USD 53.5 billion. Di tangga kedua adalah Bill Gates (USD 53 billion) dan di ikuti oleh pemilik firma pelaburan Berkshire Hathaway iaitu Warren Buffet (USD 47 billion). Kebanyakkan dari kekayaan billionair ini telah meningkat berbanding tahun lepas disebabkan faktor peningkatan harga saham mereka. Carlos telah mencatatkan peningkatan yang paling tinggi iaitu USD 18.5 billion.


Carlos Slim Helu

Buffett

Warren Buffet

Gates

Bill Gates

Ok, di sini aku akan sertakan senarai 20 manusia terkaya di dunia yang aku perolehi dari dailypostal.com. Bila aku baca, aku dapati tiada rakyat Malaysia yang tersenarai. Mungkin 10 tahun lagi?

1) Carlos Slim Helu
Nilai kekayaan : $53.5 billion
Sumber : Telekomunikasi
Negara : Mexico

2) Bill Gates
Nilai kekayaan : $53 billion
Sumber : Microsoft
Negara : U.S.

3) Warren Buffett
Nilai kekayaan : $47 billion
Sumber : Pelaburan
Negara : U.S.

4) Mukesh Ambani
Nilai kekayaan : $29 billion
Sumber : Petrokimia, petroleum dan gas
Negara : India

5) Lakshmi Mittal
Nilai kekayaan : $28.7 billion
Sumber : Besi keluli
Negara : India

6) Lawrence Ellison
Nilai kekayaan : $28 billion
Sumber : Oracle
Negara : U.S.

7) Bernard Arnault
Nilai kekayaan : $27.5 billion
Sumber : Barangan mewah
Negara : Perancis

8) Eike Batista
Nilai kekayaan : $27 billion
Sumber : Perlombongan, minyak
Negara : Brazil

9) Amancio Ortega
Nilai kekayaan : $25 billion
Sumber : Gudang fesyen
Negara : Spain

10) Karl Albrecht
Nilai kekayaan : $23.5 billion
Sumber : Pasaraya
Negara : Jerman

11) Ingvar Kamprad dan keluarga
Nilai kekayaan : $23 billion
Sumber : Ikea
Negara : Sweden

12) Christy Walton dan keluarga
Nilai kekayaan : $22.5 billion
Sumber : Wal-Mart
Negara : U.S.

13) Stefan Persson
Nilai kekayaan : $22.4 billion
Sumber : H&M
Negara : Sweden

14) Li Ka-shing
Nilai kekayaan : $21 billion
Sumber : Pelbagai
Negara : Hong Kong

15) Jim C. Walton
Nilai kekayaan : $20.7 billion
Sumber : Wal-Mart
Negara : U.S.

16) Alice Walton
Nilai kekayaan : $20.6 billion
Sumber : Wal-Mart
Negara : U.S.

17) Liliane Bettencourt
Nilai kekayaan : $20 billion
Sumber : L’Oreal
Negara : France

18) S. Robson Walton
Nilai kekayaan : $19.8 billion
Sumber : Wal-Mart
Negara : U.S.

19) Prince Alwaleed bin Talal Alsaud
Nilai kekayaan : $19.4 billion
Sumber : Pelbagai
Negara : Arab Saudi

20) David Thomson dan keluarga
Nilai kekayaan : $19 billion
Sumber : Thomson Reuters
Negara : Canada

Font size

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, aku dapati hanya terdapat 4 orang billionair yang datang dari rantau Asia namun begitu hanya dua sahaja yang berpangkalan di Asia iaitu Li Ka Shing dan Putera Al - Waleed. Aku mungkin akan sambung sedikit lagi mengenai manusia - manusia kaya ini dan sumbangan mereka pada entry seterusnya. Sekian sahaja entry kali ini..chow!..salam.

Nasri vs Robben..goal of the season!

Oleh kerana aku agak busy hari ni, jadi pada entry terbaru kali ni aku nak share dengan korang dua gol menarik dari pemain Arsenal iaitu Samir Nasri dan Arjen Robben dari Bayern Munich. Gol ni dijaringkan waktu second leg Champions League yang berlangsung pada hari selasa lepas. Sebab aku kekurangan masa untuk menulis, jadi video-video ni jela yang dapat aku postkan untk tatapan korang semua..jom layan!


video


video


Pada pendapat korang mana satu yang lagi terbaik?. Ape yang menariknya kedua-dua gol ni ada makna disebaliknya. Kalau ikut dari segi signifikan gol-gol terbabit, aku vote for Robben sebab gol dia yang menyebabkan Bayern layak ke suku akhir walaupun tewas di Artemio Franchi. Dari segi teknik, gol Nasri adalah lebih hebat sebab dia boleh control nerve dan technique dalam ruang yang agak terhad sambil dikawal oleh 3 orang defender dan gol dijaringkan dalam angel yang almost zero! Pendapat korang pulak macam mane?..sekian dari aku..chow!..salam






Wednesday, March 10, 2010

Dunia tanpa sempadan

Selamat datang pada semua pembaca yang melawat blog aku. Aku harap semakin ramai pengunjung masuk ke blog aku untuk berkongsi idea dan info mengenai ape yang berlaku disekeliling kita.

Untuk entry seterusnya ni, aku nak kongsi rasa takjub aku terhadap perkembangan dunia tanpa sempadan kita ni. Lepas aku ade blog sendiri, barula aku sedar betapa sekarang teknologi internet ni dah jadi sebahagian dari kehidupan kita. Aku sendiri tak penah terfikir untuk memiliki blog sendiri. Setakat Facebook or Friendster je sebelum ni. Selain itu sekarang ni wujudnya pulak aplikasi "Twitter" yang mane benda tu ibarat online punya diari. Ape saja yang korang wat even masuk kuar tandas pun boleh diupdate melalui Twitter. Tapi aku memang tak penah ade keinginan untuk buat Twitter ni sebab bagi aku ape faedahnya nak suruh orang tau ape aku buat..hehe.

Satu je kekecewaan aku iaitu; bila la agaknya orang Malaysia khususnya melayu nak bangunkan aplikasi baru menggunakan internet. Kebanyakkan dari aplikasi-aplikasi ni dicipta oleh mat salleh and co. Contohnya Mark Zuckerberg buat Facebook, Jack Dorsey buat Twitter pastu Sergey Brin dengan Larry Page buat Google. Dulu aku penah tengok enjin carian (web search) Cari.com buatan Malaysia tapi sekarang ape jadi aku pun tak tau ler. Orang Jepun dengan Korea pulak femes dengan online games macam Ragnarok dan Final Fantasy.



Jack Dorsey (kiri) adalah pengasas Twitter



Sergey Brin dan Larry Page


Facebook dan Mark Zuckerberg


Pengasas thehairmerapu.blogspot.com..hehe


Mungkin satu hari nanti akan ade software engineer atau sesiapa saje (gambar yang last) dari negara kita yang dapat membangunkan satu aplikasi untuk diguna pakai oleh seluruh umat manusia. Bagi aku, rakyat Malaysia sekarang dah tak buta IT macam dulu sebab aku tengok makin ramai orang berjinak-jinak dengan internet seperti mewujudkan blog,join laman sosial dan menjual beli secara online. Sekian dari aku..chow!..salam.

Masa untuk berubah!

Terdetik dalam hati untuk menulis mengenai melayu kita setelah menonton rancangan "Bersama mu" malam tadi. Pada siaran tersebut menunjukkan kesusahan pasangan suami isteri membesarkan anak mereka dengan sumber kewangan yang terhad. Yang lebih menyedihkan apabila ada salah seorang anak pasangan terbabit disahkan menghidap kanser leukimia. Seperti biasa terdapat pelbagai bentuk bantuan yang disumbangkan terhadap keluarga tersebut antaranya dari sebuah parti politik, syarikat Faiza dan juga pemilik rumah sewa. Si bapa telah dibuang kerja kerana dikatakan tidak datang kerja selama 3 bulan apabila terpaksa menghantar anaknya ke hospital untuk menjalani rawatan. Umur pasangan tersebut cukup muda iaitu berusia sekitar 30-an.

Aku sangat sedih apabila kebanyakkan dari keluarga yang dipaparkan dalam rancangan tersebut adalah dikalangan melayu kita. Adakah ini menunjukkan melayu kita masih lagi berada di takuk lama?.Hidup dalam serba kemiskinan?. Aku juga ada terfikir bagaimana kehidupan orang miskin ini pada zaman mudanya?. Adakah mereka tidak ke sekolah?. Miskin bukanlah satu penghalang seseorang untuk bersekolah. Selama aku berada di MRSM aku dapati ada rakan-rakan aku yang lagi miskin dan anak yatim piatu tapi boleh berjaya. Sekarang ini, semuanya terletak pada diri kita sendiri di samping keazaman kita untuk berjaya. Kadang-kadang kita terlampau memanjakan diri kita sendiri sampai semua benda tidak dapat dilaksanakan. Aku agak terkilan jika orang lain kata yang bangsa melayu ini adalah bangsa yang bodoh,lemah dan tidak pandai berdikari. Kita sebenarnya bangsa yang hebat setanding dengan bangsa lain. Di sini aku ingin senaraikan beberapa sebab kenapa kita tidak boleh berjaya :
  1. Terlalu mengikut kehendak adat dan bukan kehendak agama serta kemahuan diri.
  2. Terlalu menjaga hati dan berbudi bahasa yang tidak kena pada tempatnya.
  3. Takut untuk hidup bersusah dahulu dan bersenang kemudian.
  4. Mentaliti negatif seperti hasad dengki, suka jatuhkan orang lain dan bersaing dengan cara yang salah.
  5. Sangat bergantung pada bantuan kerajaan seperti subsidi dan kuota.
  6. Suka melakukan perkara ala kadar dan bukan dengan bersungguh-sungguh.
  7. Suka meniru benda yang tidak berfaedah.
Apa yang aku tulis bukanlah bertujuan untuk merendahkan bangsa kita, tetapi untuk sedarkan diri kita agar kita dapat berubah. Aku sendiri pun kadang terikut dengan benda-benda di atas sebab selama ini aku hidup dengan senang-lenang dan sering diberi bantuan. Aku kadang mahu rasai kesusahan dengan tujuan untuk sedarkan diri aku sendiri bahawa hidup ini bukan selamanya senang. Aku akan cuba berubah sebelum memberi nasihat pada orang lain. Untuk pengetahuan korang, tidak lama lagi subsidi mungkin akan ditarik oleh kerajaan memandangkan hasil bumi negara sudah semakin susut. Mungkin akan ada banyak lagi cukai akan diperkenalkan sebagai langkah baru untuk menambah hasil pendapatan negara. (Hal berkaitan cukai dan subsidinya akan aku lanjutkan pada edisi seterusnya) Persoalannya, bersediakah kita?..jawapannya adalah, kita terpaksa bersedia dengan cara apa sekalipun.

Terima kasih atas komen membina dari korang!

Hari ni aku rasa sangat terharu bila ramai yang bagi feedback mengenai blog aku ni. Aku akan cuba guna komen dari korang semua untuk meningkatkan lagi kualiti blog ni. Banyak juga komen yang aku terima antaranya:
  • "ko tulis panjang sangatla"..jawapan dari aku adalah,ade sesetengah tulisan aku memang panjang sket pasal nak bagitau info yang terbuku dalam kepala aku ni. Tapi untuk entry yang seterusnya aku akan cuba ringkaskan ye.
  • "nama blog ko Merapu.com,so malas nak buka sebab takut ko merapu bukan2"..ha,ni masalah sket.untuk tukar nama blog sekarang memang xleh r sebab aku dah promote guna nama ni. Silap aku gak sebab xpeka pada nama. Lagipun masa tu banyak nama blog yang not available. Korang jangan risau sebab blog ni memang xde tulisan yang merapu..ok?
  • "aku xsuka ko tulis short form atau bahasa sms"..ok,aku memang berniat nak tulis short form kasi santai sket bila korang nak membaca blog aku nanti. Tapi xpe, aku dah decide untuk ubah cara penulisan pada bahasa yang lebih proper kalau entry aku melibatkan hal yang serius. Tapi kalau entry yang biasa2,aku akan guna bahasa sms sebab nanti nampak kaku kalau aku guna bahasa yang seirus. Ibarat membaca novel sastera plak..hehe
  • "boleh tak letak video,link ngan gambar?"..kalau korang perasan memang sekarang ni aku punya blog dah start letak semua tu kasi nampak menarik sket. Video aku xdapat letak pasalnya internet lembab cam haram..hehe
  • "topik yang ko tulis xmenarik sangatla"..mengenai topik ni, aku pilih berdasarkan pengetahuan aku yang ingin dikongsi ngan korang. Ade juga topik yang aku pilih berdasarkan isu sekeliling dan juga selepas melalui perbincangan secara xformal dengan rakan2. Kalau korang rasa ade topik yang menarik, sila ler bagi cadangan. Tapi aku kena tapis dulu ler..ok?
Ape2hal pun aku rasa puas hati bila korang komen, ini bermakna korang dah baca blog aku. Aku akan cuba wat yang terbaik nanti..chow!..salam.

Tuesday, March 9, 2010

Serangan kutu kucing!

Aduh!, ari ni aku rasa sangatla xselesa bila dok kat umah sewa aku ni. Kalau korang nak tau sekarang ni rumah sewa aku ade satu masalah besar. Kitaorang semua telah diserang oleh kutu kucing!..Watta F is kutu kucing ni??. Aku pun xtau ler cmne rupa bentuk kutu kucing ni. Tapi untuk pengetahuan korang badan aku dah naik gatal sekarang ni. Kesan pas kena kutu kucing ni adalah badan korang jadi naik berbintik macam tumbuh jerawat tapi bintik2 tu sangatla gatal. Mengikut kata doktor, kutu kucing ni datangnya dari kucing2 jalanan yang naik atas rumah. Walaupun kucing tu dok kat luar rumah tapi kutu2 ni still leh terbang sampai ke dalam rumah (kalau xsilap 10 kaki). Ni ler kuatnya penangan kutu kucing kat rumah ni.

Info dari doktor ni lagi mengatakan yang kutu kucing ni suka sangat melekat kat karpet. Sebab tu ler bile aku baring kat karpet abis gatal2 satu badan..Adoi!! Disebabkan hal ni aku cari ler info kat internet macam mane nak menghapuskan kutu kucing ni. Dari ape yang aku dapat, kutu kucing ni boleh dihapuskan dengan cara menghapuskan kucing tu dulu..errr, maksud aku hapuskan kutu dari kucing ngan mencuci kucing tu @ jangan bagi dia datang rumah tu lagi. Yang member aku ni sorang plak cakap korang leh je sembur penyembur nyamuk (Shieldtox) pada karpet tempat kutu kucing tu membiak. Cara2 di atas ni xpasti ler sejauh mana kebenarannya. Aku sertakan kat sini link dari forum untuk menghindar serta menghapuskan kutu kucing ni.
  1. http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-347785-page-2.html
  2. http://jareycatlovers.wordpress.com
  3. http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=80449

Hopela serangan kutu kucing ni akan berakhir dengan secepat mungkin sebab aku memang malu gila menggaru depan khalayak ramai,dah ler xslesa dan badan aku dah banyak sangat parut!..chow!..salam.


Kesan gigitan kutu kucing



Kutu kucing yang menyerang aku!



Monday, March 8, 2010

Selamat menyambut hari wanita sedunia!


Aku rasa masih xterlambat untuk aku mengucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita di dunia ni xkira moyang,nenek,mak,kakak,adik mahupun adik ipar atau adik tiri. Dan aku tujukan khas juga kepada mak aku serta adik2 aku dan semua wanita dalam family ku. Aku xtau macam mane nak menyambut hari wanita sedunia ni dan aku xpasti kenapa tarikh tertentu dipilih untuk menyambut hari wanita. Ape2hal pun, kita layankan jela.

Ape yang ingin aku fokuskan pada entry kali ini adalah tentang isu wanita di Malaysia .Memang ade banyak isu berkaitan wanita di Malaysia ni terutamanya dari segi hak sama rata dengan kaum lelaki. Aku bukan nak menyentuh sensitiviti kaum wanita,tapi kebelakangan ni aku tengok menteri2 wanita bersama ngan NGO2 berkaitan seringkali membawa isu mengenai hak wanita. Mereka kata wanita sepatutnya diberikan layanan yang sama dengan kaum lelaki. Cuba korang fikir sejenak, bila masanya kat Malaysia hak wanita dinafikan?. Dalam pelbagai bidang kat Malaysia, wanita dah banyak bagi sumbangan macam bekerja, berlakon, menyanyi dan bersukan. Malah ade juga yang wat keje lelaki macam memandu bas atau teksi!. Aku xpenah rasa pun wanita ni lemah sebab kadang2 mereka lagi kuat dari segi mental dan fizikal dari lelaki. Ade wanita yang melakukan lebih dari satu kerja demi menyara anak yang bukannya sorang, tapi 7 orang. Aku terharu dan amat kagum dengan kekuatan wanita kita. Jadi aku xnampak signifikannya menteri dan NGO ni nak memperjuangkan hak wanita kat Malaysia (lainlah kalau wanita yang di dera atau di aniaya). Better dorang sume pegi negara2 arab sebab kat sana wanita nak drive kete pun government xbagi. Lagi satu aku tengok mereka ni bukan berjuang untuk menguatkan wanita, tapi makin nak tunjuk macam wanita ni lemah sangat.



wanita juga boleh berjaya dengan hasil titik peluh sendiri


Di sini aku ade 2 isu yang ingin aku panjangkan sebab aku rasa geram tengok perjuangan menteri dan NGO tersebut. Isu2 yang terlibat adalah mengenai Kartika, Norhanim dan seorang menteri wanita (uhuk!,sensitif)..Untuk pengetahuan korang isu kartika ni menjadi hangat selepas dia ditangkap meminum arak di sebuah kelab di Pahang. Dia didapati bersalah mengikut enakmen undang2 syariah negeri Pahang yang mana dia boleh dijatuhkan hukuman sebat jika didapati bersalah. Si pesalah, iaitu Kartika telah mengakui kesalahannya dan redha dia perlu disebat dan bertekad untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut. Namun malangnya, adela pulak beberapa wanita yang (kononnya memperjuangkan hak wanita) telah menghalang hukuman sebat ni dijalankan ke atas Kartika sambil dibantu oleh beberapa orang lelaki. Ape yang aku pelik, tuan punya badan dah setuju tapi nape mereka ni xstuju?..takut kena sebat juga ke?? Mereka ni juga mengatakan yang hukuman tersebut tidak adil bagi wanita. Kat sini ler point yang wat aku benci sangat ngan pejuang2 wanita ni, dulu kata wanita mesti dilayan sama adil, tapi nape bila laki kena sebat wanita xleh?. Aku kagum ngan Kartika bukan sebab dia minum arak depan khalayak umum, tapi sebab dia berani ngaku salah dia dan ikut undang2 syariah Malaysia. Yang penentang ni plak bukan stakat menentang niat Kartika, tapi menafikan undang2 syariah yang berlandaskan hukum Islam. Berilah ruang pada Kartika untuk wat keputusan sendiri,kesian gak dia sampai bercerai berai dek kerana isu yang dipanjang2kan ni

Kenapa tidak ikut saje kemahuan Kartika?

Isu kedua juga melibatkan pejuang wanita yang sama bersama konco-konconya. Korang mesti segar dengan kes penderaan seorang kanak-kanak oleh teman lelaki ibunya sehingga membawa kepada kematian kanak-kanak tersebut iaitu adik Syafiah Humairah. Aku sungguh terkilan ngan 2 perkara kat sini, pertamanya sikap lelaki durjana tersebut yang sanggup membunuh budak yang tak bersalah dan yang kedua mak pada si kecil tersebut iaitu Norhanim. Bagi aku mak dia ni dah boleh dikira bersubahat ngan teman lelaki dia sebab dia boleh je bawak lari anak dia awal2 lagi sebelum didera lebih teruk. Lagipun teman lelaki dia tu pemandu teksi, so bila2 masa je dia boleh selamatkan anak dia time si jantan ni xde kat rumah. Selain dari tu, mengikut laporan Buletin Utama, jiran2 sebelah asyik dengar tangisan si kecil tu dan pernah melihat mak si kecil tu sendiri memukul anaknya. Ini menunjukkan yang kes dera si kecil yang malang ni dah lama berlaku bukan?. Aku sangat terkilan bila pejuang wanita yang dinyatakan tadi nak bela si mak ni ngan memberi perlindungan kepada dia. Bagi aku, what for??..bukankah xadil bagi anaknya yang sudah meninggal tadi?.Dahla si mak ni tinggal sebumbung tanpa berkahwin ngan teman lelaki dia untuk bertahun lamanya. Nape xdihukum saja?.Dia juga bertanggujawab terhadap kematian anak dia. Jadi hukuman sewajarnya hendaklah dilaksanakan. (Al-Fatihah untuk arwah adik Syafiah Humairah dan semoga rohnya ditempatkan di Syurga yang aman dan damai)



Kesimpulan dari isu2 di atas adalah; perbetulkanlah perjuangan anda terhadap isu2 wanita kerana ape yang anda perjuangkan adalah untuk kepentingan anda sendiri. Orang dapat menilai ape yang anda wat. Wanita di Malaysia bukannya lemah, tapi wanita kat Malaysia ni adalah antara tunjang kekuatan negara kita. Jangan yang salah dianggap betul dan yang betul dipandang sebelah mata. Jika ade tersalah kata dari aku,aku mintak maaf sangat2. Tapi trus terang aku katakan, janganlah nak diperjuangkan isu yang remeh temeh sebab nak ambik ati orang len. Akhir kata, Selamat menyambut hari wanita aku ucapkan sekali lagi..chow!..salam.