Terdetik dalam hati untuk menulis mengenai melayu kita setelah menonton rancangan "Bersama mu" malam tadi. Pada siaran tersebut menunjukkan kesusahan pasangan suami isteri membesarkan anak mereka dengan sumber kewangan yang terhad. Yang lebih menyedihkan apabila ada salah seorang anak pasangan terbabit disahkan menghidap kanser leukimia. Seperti biasa terdapat pelbagai bentuk bantuan yang disumbangkan terhadap keluarga tersebut antaranya dari sebuah parti politik, syarikat Faiza dan juga pemilik rumah sewa. Si bapa telah dibuang kerja kerana dikatakan tidak datang kerja selama 3 bulan apabila terpaksa menghantar anaknya ke hospital untuk menjalani rawatan. Umur pasangan tersebut cukup muda iaitu berusia sekitar 30-an.
Aku sangat sedih apabila kebanyakkan dari keluarga yang dipaparkan dalam rancangan tersebut adalah dikalangan melayu kita. Adakah ini menunjukkan melayu kita masih lagi berada di takuk lama?.Hidup dalam serba kemiskinan?. Aku juga ada terfikir bagaimana kehidupan orang miskin ini pada zaman mudanya?. Adakah mereka tidak ke sekolah?. Miskin bukanlah satu penghalang seseorang untuk bersekolah. Selama aku berada di MRSM aku dapati ada rakan-rakan aku yang lagi miskin dan anak yatim piatu tapi boleh berjaya. Sekarang ini, semuanya terletak pada diri kita sendiri di samping keazaman kita untuk berjaya. Kadang-kadang kita terlampau memanjakan diri kita sendiri sampai semua benda tidak dapat dilaksanakan. Aku agak terkilan jika orang lain kata yang bangsa melayu ini adalah bangsa yang bodoh,lemah dan tidak pandai berdikari. Kita sebenarnya bangsa yang hebat setanding dengan bangsa lain. Di sini aku ingin senaraikan beberapa sebab kenapa kita tidak boleh berjaya :

- Terlalu mengikut kehendak adat dan bukan kehendak agama serta kemahuan diri.
- Terlalu menjaga hati dan berbudi bahasa yang tidak kena pada tempatnya.
- Takut untuk hidup bersusah dahulu dan bersenang kemudian.
- Mentaliti negatif seperti hasad dengki, suka jatuhkan orang lain dan bersaing dengan cara yang salah.
- Sangat bergantung pada bantuan kerajaan seperti subsidi dan kuota.
- Suka melakukan perkara ala kadar dan bukan dengan bersungguh-sungguh.
- Suka meniru benda yang tidak berfaedah.
Apa yang aku tulis bukanlah bertujuan untuk merendahkan bangsa kita, tetapi untuk sedarkan diri kita agar kita dapat berubah. Aku sendiri pun kadang terikut dengan benda-benda di atas sebab selama ini aku hidup dengan senang-lenang dan sering diberi bantuan. Aku kadang mahu rasai kesusahan dengan tujuan untuk sedarkan diri aku sendiri bahawa hidup ini bukan selamanya senang. Aku akan cuba berubah sebelum memberi nasihat pada orang lain. Untuk pengetahuan korang, tidak lama lagi subsidi mungkin akan ditarik oleh kerajaan memandangkan hasil bumi negara sudah semakin susut. Mungkin akan ada banyak lagi cukai akan diperkenalkan sebagai langkah baru untuk menambah hasil pendapatan negara. (Hal berkaitan cukai dan subsidinya akan aku lanjutkan pada edisi seterusnya) Persoalannya, bersediakah kita?..jawapannya adalah, kita terpaksa bersedia dengan cara apa sekalipun.
No comments:
Post a Comment