melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Saturday, March 6, 2010

Pendidikan di Malaysia part 2 : peringkat tinggi

Yeah!..seperti yang dijanjikan aku akan sambung topik ni untuk peringkat yang seterusnya iaitu pendidikan tinggi dimalaysia.skali lagi aku tegaskan yang tulisan aku ni bukan sekadar nak mengkritik,tapi aku nak bagitau pendapat aku pasal sistem pendidikan di negara kita ni.aku sangat2la mengalu2kan komen dari korang semua sebab aku tau korang juga ade something untuk diperkatakan tentang pendidikan di malaysia .korang nak perbetulkan ape yang aku cakap pun xpe sebab tiap orang ade pandangan masing2.jangan risau sebab aku bukannya absolute "yes" or "no" man,tp aku akan sentiasa mempertimbangkan pendapat dan kritikan korang.hope dengan adenya komen korang,kita dapat hasilkan sesuatu yang berfaedah untuk negara kita di masa hadapan.

bila dah masuk peringkat menengah ni,aku nak crite banyak ler pasal pengalaman aku sebabnya aku ni pernah masuk 2 skolah. 1st skali time aku form 1 sampai form 3, aku blaja kat mrsm gerik kat perak.malangnya aku xleh sambung ke mrsm lain sebab result aku xikut piawaian yang ditetapkan.kira xlepas sirim r..hehe.tapi sepanjang aku kat sana aku cukup kagum dengan sistem dorang.kalau r aku betul2 berminat dengan subjek sains dah math,dah lama aku fokus betul2.ape yang menariknya di mrsm, setiap cikgu ade pengkhususan masing2 termasuklah cikgu seni dan jasmani.disebabkan sistem ni r aku banyak belajar pasal teknik mewarna,melukis potret dan membuat arca.dalam pendidikan jasmani plak aku diajar cara untuk bermain semua sukan yang ade termasuklah rugby dan softball.ade lagi satu yang menarik,kat sini juga aku dah blaja pasal hardware dan software serta teknik2 menggunakan macromedia flash.aku rasa hebat memandangkan umur time tu baru 14 tahun.ape yang menariknya perkara2 ni baru diajar time aku semester pertama diploma di universiti dulu.pendidikan agamanya juga sangatla ditegaskan sampai aku rasa macam dok skolah pondok.tiap malam ade tazkirah antara maghrib dan isyak.pergaulan lelaki dan perempuan pon dibataskan.memang bagus pendidikan di sini. aku rasa minda aku mula terbuka bila dengar tazkirah ni tiap2 malam.selain dari tazkirah ni,kitaorang dulu kena beli majalah ilmiah macam dewan siswa,dewan mingguan atau massa.aku paling suka majalah massa ni sebab dia fokus pada isu domestik dan global.(sayangnya penerbitan majalah ni dah dihentikan).bila aku baca semua ni,pengetahuan aku sangatla meluas.aku tengok membe2 aku yang pandai2 time tu sangatla xsuka baca majalah macam ni sebab dok fokus blaja je.aku xcakap dorang ni membuat sesuatu yang salah sebab memang itu pon tujuan datang ke sana.tapi aku rasa dorang patut cuba luangkan masa dengan baca2 majalah macam ni.ni ler kisah masa aku kat mrsm,sistem pendidikan yang mrsm buat sangatla bagus.tapi aku xstuju debgan sistem peperiksaan pada masa tu iaitu PMR.pada pendapat aku sebab PMR ni r budak2 ni jadi malas nak membaca.dorang takut untuk luangkan masa membaca benda2 yang diluar bidang pengajian dorang sebab takut nanti result jatuh.aku rasa kalau PMR ni xde,makin ramai budak yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang kat mrsm tuh.contohnya dalam bidang pidato,IT,sains gunaan,sukan serta teknologi kreatif.malangnya dorang xleh nak fokus sangat pada bidang2 macam ni sebab sekolah mementingkan prestasi PMR yang dah ditetapkan jumlah subjeknya.boleh dikatakan kreativiti mereka xleh diteruskan dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.

aku teruskanlah plak kehidupan aku kat skolah harian biasa dari form 4 sampai form 5.satu perkara yang aku sedar bila masuk skolah harisn biasa adalah persepsi orang terhadap budak klas sastera.dorang ni dilabel bodoh sebab kebanyakkan klas2 sastera ni adalah kelas2 ranking terbawah.bagi aku dorang xpatut label pelajar klas sastera ni macam tu sebab dorang ni pandai tapi dalam bidang dorang jela.xkan nak expect dorang ni pandai add math??.masalahnya lagi,kebannyakkan skolah2 harian rank kan klas sains dan sastera pada ranking yang sama.pada pendapat aku,tiap skolah perlu ade 4 aliran yang berbeza iaitu sastera,sains,prinsip akaun dan perdagangan@ekonomi sebab 4 aliran ni adalah aliran yang utama bila kita nasuk universiti nanti.tiap aliran ni perlu ditempatkan di blok yang berbeza agar mereka rasa hak ekslusif mereka.pastu ranking2 kelas juga mengikut aliran,jangan dicampurkan setiap aliran sebab nanti timbul rasa rendah diri bagi sape yang ambik aliran selain dari sains tulen.lagi satu aku tengok skolah2 banyak melebihkan fokus pada klas sains sebab dorang ni kebanyakkannya students klas no.1,2,3.ni lagi satu pentingnya kalau setiap aliran deberi hak ekslusif serta perhatian yang sama.kalau difikirkan balik,mane datangnya ahli ekonomi,pakar bahasa,penganalisa politik,peguam,hakim,juruaudit,pakar kewangan serta akauntan bertauliah kalau bukan dari aliran bukan sains.lagipun aku rasa kekuatan skolah harian biasa sepatutnya dari klas2 macam ni sebab sains dan math banyak dikuasai oleh skolah2 berasrama penuh.mentaliti pelajar2 kita perlu diubah balik agar mereka xmemandang rendah pada pelajar yang ambik jurusan sastera.kalau kat u.s sana,diorang sangat menghormati orang yang ambik subjek sastera inggeris sebab gaji dorang mahal.tambahan plak kalau orang tu lulusan harvard.aku slalu bayangkan sistem yang aku utarakan tadi dilaksanakan.terapkan dalam diri "pride" menjadi pelajar jurusan masing2.kalau nak lebih ekstrem lagi,tiap skolah yang mempunyai aliran berbeza diasingkan macam kita asingkan pelajar skolah agama,teknik dan vokasional, sains dan harian biasa.

ok,aku akan truskan lagi kritikan tetapi kali ini mengenai sistem pengambilan pelajar ke universiti.bila aku dapat result peperiksaan,alangkah seronoknya aku bila aku dapat gred A bagi semua subjek sastera yang aku ambik(subjek sains lulus semua).time aku isi borang UPU,aku isi pilihan 3 teratas untuk law dan 3 terbawah untuk TESL memandangkan aku memenuhi syarat2 yang dia nak.bila tiba saat dia umumkan pengambilan pelajar,aku kecewa bila satu haprak pun yang aku mintak xdapat.aku bandingkan keputusan SPM aku dengan sorang kawan yang dapat TESL,aku tengok keputusan kami sama sebijik xde beza skit pun kecuali nama kami.persoalan aku,cmne cara dorang pilih student untuk masuk ke universiti??bukankah itu pilihan pelajar jika syarat sudah dipenuhi?.yang lagi bertambah peliknya,tiba2 aku dapat offer diploma in Business Study sedangkan aku langsung xapply.aku tertanya2 apa hak aku sebagai pelajar?.sedangkan dalam hati aku sangatla berminat nak jadi lawyer.memang betul orang cakap,ade hikmahnya or aku xde rezeki,tapi kawan2 aku pon penah alami benda yang sama.maknanya ade sesuatu yang xkena dengan sistem pengambilan pelajar di malaysia.aku cukup terkilan sebab pada pendapat aku,universiti ni tempat pelajar menentukan mane hala tuju dorang dan kat sini lah dorang nak menyumbang pada negara di masa hadapan.untuk pengetahuan korang,hal yang sama berlaku time aku apply untuk sambung degree sebab aku dapat offer economics instead of marketing macam yang aku nak..haish!

aku rasa aku kena stop kat sini dulu.walaupun isu nampak remeh temeh,tapi sebenarnya boleh bagi impak yang besar terhadap aku,korang dan mereka.sebarang komen dan cadangan boleh r korang utarakan kat blog aku ni ye..nanti aku akan sambung plak tentang aku dan kehidupan di unversiti..ok,chow!..salam.

2 comments:

  1. xde ker bab cintan cintun??sy xminat la bola n pos nie..

    ReplyDelete
  2. ehek,cintan cintun ni nanti r..tapi dalam perspektif yang berbeza..xmelibatkan hal peribadi ye..=)

    ReplyDelete