melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Friday, March 12, 2010

20 fakta merapu tapi benar!

Dalam entry kali ini aku nak bagitau korang semua fakta yang merapu tapi benar. Fakta-fakta ni sangatla melucukan dan juga menakjubkan. Apa kata kita layankan saja!
  1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan "set" mempunyai paling banyak maksud.
  2. "French kiss" di panggil "English kiss" di Perancis.
  3. Jangan ingat korang boleh bunuh diri dengan menahan nafas sendiri kerana ianya tidak akan berkesan.
  4. Di setiap benua dalam dunia ini ada bandar yang bernama "Rome"
  5. Adalah salah di sisi undang-undang Iceland untuk memiliki anjing peliharaan.
  6. Lipas boleh hidup selama beberapa minggu walaupun tanpa kepala.
  7. Manusia yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang menggunakan tangan kiri (ayarkk!)
  8. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.
  9. Corak (cap) lidah adalah berbeza bagi setiap manusia sama seperti cap jari.
  10. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih pantas berbanding kuku jari kaki.
  11. Kebanyakkan habuk yang berterbangan di rumah korang adalah sel kulit mati!.
  12. Adolf Hitler adalah "vegetarian" dan hanya mempunyai satu testikel!..opppsss..
  13. Warna "Coca-Cola" sebenarnya hijau kalau bukan disebabkan oleh pewarna.
  14. Lebih ramai manusia mati akibat disengat tebuan berbanding dipatuk ular.
  15. Ada 6 bahasa utama yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Inggeris, Arab, Perancis, Cina, Russia dan Sepanyol.
  16. Planet bumi (earth) adalah satu-satunya planet yang tidak diberi sempena nama tuhan.
  17. Pada awal kelahiran kita mempunyai 300 tulang tetapi apabila dewasa tulang berkurangan kepada hanya 206.
  18. Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.
  19. Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  20. Zirafah boleh membersihkan telinga dengan lidahnya yang berukuran 21 inci.
(Sumber : http://www.world-english.org/facts.htm)

4 comments:

  1. 12. itu adalah fakta yg faktanye adalah utk memalukan dan meng'degrade'kan Hitler...ia dilakukan oleh konco2 zionist Laknatullah...

    ReplyDelete
  2. no.17 tu kne tambah sket...Pada awal kelahiran kita mempunyai 300 tulang tetapi apabila dewasa tulang berkurangan kepada hanya 206.and bg pempuan yg suda berkawin n mpunyai anak, tulang akan berkurangan 2x ganda ngan tulang lelaki dewasa~~xtau la 2x ganda kurg..tp memg kurang la~~

    ReplyDelete
  3. wow...
    fakta yg mnarik...hahaha

    ReplyDelete
  4. aku dapat ni melalui sumber yg terpapar..saje nk share..nway thanx 4 da info..

    ReplyDelete