Hari ni aku rasa sangat terharu bila ramai yang bagi feedback mengenai blog aku ni. Aku akan cuba guna komen dari korang semua untuk meningkatkan lagi kualiti blog ni. Banyak juga komen yang aku terima antaranya:
- "ko tulis panjang sangatla"..jawapan dari aku adalah,ade sesetengah tulisan aku memang panjang sket pasal nak bagitau info yang terbuku dalam kepala aku ni. Tapi untuk entry yang seterusnya aku akan cuba ringkaskan ye.
- "nama blog ko Merapu.com,so malas nak buka sebab takut ko merapu bukan2"..ha,ni masalah sket.untuk tukar nama blog sekarang memang xleh r sebab aku dah promote guna nama ni. Silap aku gak sebab xpeka pada nama. Lagipun masa tu banyak nama blog yang not available. Korang jangan risau sebab blog ni memang xde tulisan yang merapu..ok?
- "aku xsuka ko tulis short form atau bahasa sms"..ok,aku memang berniat nak tulis short form kasi santai sket bila korang nak membaca blog aku nanti. Tapi xpe, aku dah decide untuk ubah cara penulisan pada bahasa yang lebih proper kalau entry aku melibatkan hal yang serius. Tapi kalau entry yang biasa2,aku akan guna bahasa sms sebab nanti nampak kaku kalau aku guna bahasa yang seirus. Ibarat membaca novel sastera plak..hehe
- "boleh tak letak video,link ngan gambar?"..kalau korang perasan memang sekarang ni aku punya blog dah start letak semua tu kasi nampak menarik sket. Video aku xdapat letak pasalnya internet lembab cam haram..hehe
- "topik yang ko tulis xmenarik sangatla"..mengenai topik ni, aku pilih berdasarkan pengetahuan aku yang ingin dikongsi ngan korang. Ade juga topik yang aku pilih berdasarkan isu sekeliling dan juga selepas melalui perbincangan secara xformal dengan rakan2. Kalau korang rasa ade topik yang menarik, sila ler bagi cadangan. Tapi aku kena tapis dulu ler..ok?
Ape2hal pun aku rasa puas hati bila korang komen, ini bermakna korang dah baca blog aku. Aku akan cuba wat yang terbaik nanti..chow!..salam.
No comments:
Post a Comment