melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Saturday, March 6, 2010

Pendidikan di Malaysia part 3 : terima kasih uitm..

Baru r aku tau nape ade orang wat keje full time as a blogger..ari2 kena update..letih dan leceh..heh.tapi xmengapa la,aku gunakan blog ni sebagai medium untuk meluahkan rasa dan pandangan mengenai sesuatu isu ikut perspektif aku sendiri.orang kata kalau ade pendapat luahkan je,jangan dok pendam nanti xpasal2 jadi memendam rasa,jiwa kacau..aku akan gunakan ruangan ni untuk memberi buah fikiran aku pasal sesuatu yang pada pandangan aku haruslah diubah atau ditokok tambah.korang mesti terpikir yang aku ni asyik xpuas ati je ngan sistem yang dorang dah wat.korang jangan salah paham,aku bukannya macam tu,tapi tiap ape yang kita wat kadang mesti ade salah dan silap serta terkurang.aku sendiri pun xdela perfect sampai sume benda aku nak kritik.kritikan aku ni pon ade yang datang dari rakan2 aku yang aku nak share ngan korang skali.korang xperlu pon nak trime sume pendapat aku,kalau korang rasa aku cerita pasal benda remeh temeh,korang abaikan je.tapi kalau korang stuju,korang leh bagi pandangan dan kritikan korang juga (jangan kritik je tau,tapi bagi idea juga untuk improve)..ok?korang pun dialu2kan untuk membetul atau menambah lagi fakta berkaitan ngan topik2 perbincangan aku.ingat,kita ni masih dalam sistem demokrasi,tapi janganla lebih sangat sebab kita gak ade perlembagaan..ingat,demokrasi berpelembagaan..bukan free country macam u.s..

ok,kali ni aku akan sambung pasal topik universiti.tapi post kali ni agak pendek atas sebab2 tertentu..aku sangat bersyukur pada Allah S.W.T sebab memberikan aku peluang untuk belajar kat uitm.kat sini aku dah blaja banyak perkara dan aku sangat enjoy masa2 aku kt sini.banyak kemudahan dan kelebihan yang aku dapat kat sini sebagai seorang student.mula2 aku rasa yang uitm ni sekadar universiti kelas ke2,tapi sangkaan aku sebenarnya silap.aku tengok banyak pencapaian yang mengkagumkan uitm penah dapat seperti contohnya student uitm diiktiraf harvard,fakulti kejuruteraan yang diiktiraf oleh lembaga kejuruteraan dunia serta dapat mengahasilkan graduan yang berkualiti dan menjadi pilihan utama industri di malaysia.selain tu,aku tengok ramai gak orang2 kenamaan anta anak2 dorang kat uitm ni walaupun sebenarnya xbrape elok sebab uitm ni tujuannya untuk bantu melayu miskin yang ingin ke universiti.tapi ini dah membuktikan bahawa orang2 kaya kat malaysia ni pun mengiktiraf pencapaian uitm sampai xsanggup membazirkan duit mereka untuk hantar anak2 mereka ke institusi yang lain.aku nak gunakan kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada pemimpin uitm serta kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan uitm ni sampai mencapai banyak kejayaan di dalam mahupun di luar negara.aku harap uitm ni akan trus membangun sampai jadi satu universiti yang mampu bersaing dengan unversiti terkemuka yang lain.jadikan universiti no.1 dunia sebagai benchmark untuk dikejar kerana jika gagal sekalipun untuk mengejar mereka,sekurang-kurangnya kita dah tergolong dikalangan mereka.

pada mulanya aku nak crite pasal kehidupan,pengalaman dan ape yang aku tahu tentang baik buruknya uitm ni,tapi bila fikir balik aku xleh nak gtau tu semua sekarang sebab aku sendiri pun blom habis lagi belajar kat cni.jadi aku pikir macam masanya belum sesuai lagi.tunggu ler aku abis blaja nanti.bila segalanya dah selesai,aku harap post aku yang akan datang dapat dikongsi bersama korang semua.walaupun aku sangat berterima kasih atas segala yang aku dapat selama kat uitm ni,tapi xbermakna segala2nya terbaik.ade juga xeloknya.so,nanti aku akan ceritakan baik buruk uitm ni kat korang mengikut pengalaman aku. aku rasa nak tulis macam tu sebab aku ade impian nak tengok uitm ni berjaya,gah dan maju.aku nak tengok pada masa depan semua orang sangatla berbangga dengan uitm ni khususnya ngan "uitm business school" yang akan mengatasi "harvard business school".korang boleh kutuk ape yang korang nak pasal universiti kesayangan aku ni sebab itu hak korang..akhir kata dari aku,kita memang boleh mencapai semua kejayaan tu tapi dengan syarat,kita semua perlu berubah..sekian..chow!..salam.

No comments:

Post a Comment