Untuk entry pada kali ini aku ingin berkongsi tentang teknologi hijau yang menjadi satu topik hangat di negara barat di mana mereka telah mencipta pelbagai produk yang mampu menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat. Aku sangat kagum dengan pelbagai teknologi yang dihasilkan seperti barangan elektronik, rumah serta perkakasan rumah. Aku juga ingin memuji cara mereka berfikir dan tahap kekreatifan mereka untuk menjaga alam sekitar. Inilah yang aku harapkan dari pejuang alam sekitar dan kerajaan di negara kita. Janganlah hanya melemparkan retorik semata-mata tanpa mengambil tindakan yang proaktif. Bagi yang ingin menyumbang pada alam sekitar, mulakan dengan perkara yang remeh dahulu seperti membuang sampah dengan cara yang betul dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Di sini aku ingin paparkan beberapa teknologi hijau yang dihasilkan oleh "designer" dari Eropah dan juga Amerika. Kadang-kadang mereka ini mempunyai idea yang gila tetapi tidak mustahil untuk di hasilkan.
Di sini aku ingin paparkan beberapa teknologi hijau yang dihasilkan oleh "designer" dari Eropah dan juga Amerika. Kadang-kadang mereka ini mempunyai idea yang gila tetapi tidak mustahil untuk di hasilkan.
1. Airblade™ by Dyson
- Alat pengering tangan (hairdryer)
- Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
- Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
- Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
- Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.
- Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
- Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
- Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
- Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
- Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.
- Sejenis mangkuk tandas.
- Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
- Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
- Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
- Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.
- Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
- Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
- Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.
- Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
- Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
- Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
- Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
- Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
Secara praktikalnya, FabTree masih belum wujud memandangkan kajian sepenuhnya masih belum siap lagi. Akan tetapi, mengikut penyelidik tersebut hal ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.
canggih..
ReplyDeletebagus! oi belum habis march dah 19 by the end of this semester dah boleh jadi buku teks!
ReplyDeleteahaha..saya sudah gian menulis..
ReplyDeletenegara barat memang canggih..
ReplyDeletekita pon boleh..even japanese start dengan meniru..then develop their own..
ReplyDelete