melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Monday, March 8, 2010

Nano : pencetus teknologi di masa hadapan.

Pernah tak korang terdengar pasal teknologi nano?. Aku ade gak terdengar bahawa sekarang ni saintis2 sedang membangunkan teknologi baru yang berkaitan dengan nano ni. Ape itu nano secara ringkasnya?.Mengikut wikipedia,nano ni adalah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.

Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:

  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100nm.
(Sumber : Wikipedia)



Korang mesti terpikir nape aku kena tulis pasal teknologi nano ni?. Walaupun aku ni bukannya pelajar jurusan sains atau terlibat dengan mane2 projek sains, tapi aku kagum bila tengok satu video orang jepun dengan membangunkan teknologi nano ni. Dalam video tu aku tengok diorang ade handphone yang boleh dilentur dan lutsinar. Malangnya aku dah xjumpa video tu lagi. Aku terpikir Malaysia ni ade develop teknologi yang sama ke?. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang membuak2,jadi aku search la dalam internet. Baru la aku tau yang nanoteknologi ni dah di masukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan dah dapat peruntukkan sebanyak RM160 sejak RMK-8 lagi. Kerajaan kita nak fokus kat nano ni sebab pada masa depan teknologi nano ni dijangka mengatasi bioteknologi dan IT.
Namun begitu sebarang pembangunan dan hasilnya belum diketahui. Aku berharap sangatla kali ni kerajaan kita bagi fokus yang serius dan bukan sekadar hangat2 tahi ayam. Untuk maklumat penuh korang boleh ler klik link ni http://www.biotek.gov.my

Memandangkan aku xreti sangat nak explain kat korang pasal nano ni,so aku pun nak letak ler video2 yang berkaitan dengan teknologi nano ni biar korang rasa kagum sket.Dalam video tu gak ade explain sedikit sebanyak fakta berkaitan teknologi nano ni. Ape yang menarik perhatian aku adalah video pasal Nokia punya handphone yang menggunakan teknologi nano. Video tu memaparkan bagaimana Nokia nak develop dorang punya handphone yang menggunakan nano sebagai teknologi utama. Bila tengok video ni aku rasa banyak betul kegunaan nano ni yang boleh diaplikasi pada benda lain macam bangunan, pakaian dan barangan harian kita. Oleh kerana ada sedikit masalah teknikal jadi aku hanya boleh bagi link je korang. Ade 3 links video yang berkaitan dengan teknologi nano. Korang tengok r sendiri bagaimana nano ni berfungsi.










Aku harap dengan entry kali ini korang akan dapat sedikit maklumat pasal teknologi yang semakin mendapat perhatian para saintis dan penyelidik di negara-negara maju. Aku juga berharap bahawa negara kita juga dapat jadi antara pemain utama dalam memajukan teknologi nano ni sebab pulangannya amatlah lumayan jika kita betul2 memberi perhatian terhadap research and development produk berkaitan nano ni..sekian dari aku..chow!..salam.

No comments:

Post a Comment