melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Friday, March 5, 2010

Bolasepak part 2 : sumbangan kat ekonomi dan sosial

Bile aku usha2 blog aku,nampak macam xkena je susunan dia..maybe ni ler ape yang aku patut belajar lebih lagi.tambahan dari segi susunan content..aish,tp xpe..hal ni maybe xberlanjutan lama kot.aku try wat yang lebih baik lagi pasni..ok?
topik kali ni still gak berkaitan ngan bolasepak..mungkin dengan konteks yang lebih luas. bila korang baca balik post aku yang sebelum ni,msti korang terpikir yang "bola ni sebenarnya luas gak"..memang pon,korang jangan pikir yang bola ni sekadar permainan untuk mengisi masa lapang.aku pon bukan sekadar tengok bola,main bola dan tido bola.tapi aku sentiasa ikut ape perkembangan terbaru bolasepak keseluruhannya.kalau nak dipikirkan bola ni banyak bagi sumbangan dari segi sosial,politik,ekonomi dan lain2.memang xsia2 la 20 orang manusia mengejar bola sebijik sebab impak dia cukup besar dalam hidup orang lain.dalam post yang awal td,memang aku bincangkan pasal kelebihan arsenal and korang mesti cakap "malas aku nak layan mamat arsenal ni".kalau korang ni membaca dengan minda yang lebih luas,korang boleh nampak ape sebenarnya sumbangan bola.

jom ler kita truskan perbincangan berkisar pada topik bola ni..mula2 aku nak start ngan arsenal tadi.untuk pengetahuan korang, arsenal ni dia punya revenue 263 juta pound yang mana sume hasil ni datang dari sumber yang dah aku nyatakan tadi.kalau kt britain ni,arsenal ni kelab no.2 pas manchester united (257 juta pound) untuk tahun 2009.bagi aku ape yang membuatkan dorang dapat revenue sebanyak ni adalah disebabkan cara pengurusan kelab dorang and football association dorang (lebih kurang FAM) yang amat professional. dulu dorang pon mula ngan semi pro macam kita zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. tapi dorang ni suka sangat melangkah ke depan dan manipulasi ape saja yang ade asalkan bleh wat duit.cuba korang bayangkan pendapatan dorang dari bolasepak untuk English Premier League (EPL) ialah £1.93 billion ($3.15bn) untuk tahun 2007–08.ish,kalau ler convert jadi kita punya currency..ni baru kat england.nak aku crite pendapatan dari penganjuran world cup??..puluh and ratus billion bro!..aku rasa aku pon dah jadi antara penyumbang pada profit EPL sebab tiap malam minggu aku dok tengok arsenal main. dorang ni jual hak tayangan kat espn ngn starsport.astro plak beli ler dari dorang ni..bayangkan tiap benua leh tengok EPL,maunya xkaya dorang.government dorang pon dapat spillover effect dari kekayaan dorang2 ni sebab club2 ni sumenya dikira sebagai entiti bisnes yang diapungkan kat dorang punya stock market.anatara income yang government dapat adalah melalui value added tax.xcampur plak dengan ekonomi pada rakyat2 jelata yang menetap kat setiap pelusuk negara dorang.antaranya bar2 dan kedai2 makan kt sekitar stadium sebab orang putih ni tebiat dia melepak kat bar2 terpilih before game start.pastu dorang2 ni dah menggalakkan palancongan dalam negara sebab tiap kali game away stadium kat sana almost full dengan visitors punya fans terutamannya game yang melibatkan rival setempat (arsenal v spurs,liverpool v everton) or arch rival macam Manchester united ngn liverpool.bab duit dorang memang xde hal punya sebab dorang ni memang die hard fans club dorang yang mana majoriti dorang ni adalah season long ticket holder.dalam eropah nun plak,ade lagi kejohanan macam kejohanan liga juara eropah and europa league yang melibatkan tiap kelab dari eropah bertanding.ini lagi ar menambahkan tarikan pelancong dari negara lain bile tiap kelab dari pelbagai negara ni lawan antara dorang..fuh..hebat!..aku rasa banyak lagi sumbangan bola sepak ni kat ekonomi eropah and negara2 eropah.aku je xsempat nak pikir..hehe

aku rasa mesti korang pon dah nak termuntah dengar aku merapu,tapi ini bukan merapu yang sembarangan, aku guna facts untuk buktikan kat korang yang bola ni adalah benda yang serius.sambung balik..pas korang dah tau betapa banyak revenue yang dorang dapat, aku nak cite plak pasal individu yang terlibat ngan bolasepak ni.untuk player, dorang dapat gaji yang mencecah puluhan dan ratusan ribu pound kalau main untuk top flight pnya club.gaji paling mahal untuk sorang player bolasepak tahun 2009 adalah cristiano ronaldo iaitu 11.3 juta pound setahun(217ribu pound seminggu!).adebayor yang main xhebat mane plak dapat gaji 7.3 juta pound setahun.fuh! mak nenek,kaya sungguh dorang ni.report ni lorang boleh rujuk futebol finance punya report.

ade lagi benda yang aku nak bagitau korang,ini plak dari segi sosial yang mane ade kajian oleh Hakan Berument,Onur Ince dan Eray M. Yucel dari universiti Bilkent mendapati performance kelab bolasepak besiktas boleh mempengaruhi prestasi bekerja dorang!findings dorang menyatakan bahawa bila kelab tersebut menang,dorang punya industrial growth pun naik. ini ditambah bila dorang menang kat tempat sendiri..ish2,cuba korang pikir,sampai macam tu skali pengaruh bola sepak kat sana.aku memang xlarat r nak panjangkan topik ni sampai ke benua lain sekarang..banyak giler info yang korang xtau lagi..

aku rasa cukup dulu sampai takat ni perbincangan pasal bolasepak.ape yang aku nak bagitau korang yang sangatla membenci bolasepak ni katanya xde faedah,korang renung2kan balik.korang silap sebenarnya sebab sukan sekarang orang dah praktikkan ngan cara professional.ngan sukan ni kita leh bagi sumbangan pada negara,bukan takat kuar peluh2 jantan je..hehe.ha,oleh kerana korang dah tau sedikit sebanyak pasal bolasepak kat luar negara,nanti aku nak sambung merapu pasal bolasepak dalam negara.ade signifikannya aku merapu pasal bolasepak luar ni.bukan nak banggakan dorang,tapi nak kita pon berjaya macam dorang..ok ar,aku jumpa korang lain kali plak..chow!..salam.

No comments:

Post a Comment