melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Friday, March 5, 2010

Bolasepak part 1 : aku dan arsenal

Untuk segmen yang berikut ni plak,aku nak sembang pasal sukan..bola ler!.bagi tiap kaum adam, bolasepak ni memang menjadi fokus utama dorang.macam aku,Arsenal adalah fokus utama yang mana kalau boleh aku nak ikut tiap perkembangan pasukan kesayangan aku ni xkira la on field atau off field.bagi aku dalam bolasepak ni dorang ler segala2nya sebab aku sangat minat ngan taktik dan teknik yang diguna pakai oleh pasukan ni.kalau ler aku ni bilionnair memang aku dah invest dalam Arsenal F.C ni.aku nak je duduk kat corporate box dorang pastu sembang2 ngan Ivan Gazidis(c.e.o Arsenal) serta shareholder macam stan kroenke (largest shareholder Arsenal).

ape yang menariknya tentang Arsenal ni (selain dari taktik on field) adalah pengurusan off field dorang. nampaknya dorang betul2 menjaga dorang punya kewangan menggunakan resources sendiri yang mana ini sangatla berbeza ngan club besar lain macam manchester united,manchester city,aston villa, liverpool dan chelsea (sekadar menyebut beberapa nama).arsenal ni xjual kelab macam yang dilakukan oleh kelab2 di atas kepada roman abramovich,malcolm glazer or sheikh mansour.ade sebab nape dorang xguna cara ni.salah satunya sebab dorang xnak ade anasir luar yang mencampuri urusan dalam padang yakni(ceh)menganggu urusan jurulatih pengurusan pasukan.contohnya macam roman yang dah brape kali pecat jurulatih sebab nak immediate result in term of trophy dari jurulatih.

hal2 macam ni xleh gak nak salahkan owner dorang sebab dorang dah invest beratus juta pound untuk bangunkan kelab2 tu.berbeza dengan arsenal,dorang memang xbagi full ownership pada mane2 individu sebab ni dah jd macam tradisi kelab ni.mengikut undang2,shareholder kena ade at least 29.99% shares untuk launch official takeover.si stan kroenke ni dh ade dalam 29.9% shares dalam arsenal and penah try to takeover tahun 2007 tp failed.ape2 update pasal ni akan aku beritakan nanti.stakat ni,arsenal memang bergantung pada sumber kewangan sendiri contohnya macam kutipan tiket stadium baru dorang(ashburton grove),t.v revenues,champions league,progress in cup stage,jual player pastu tajaan(emirates penaja terbesar sebab ade naming rights kt baju n stadium) dan juga jual properties kt highbury.ikut fakta dari
The Deloitte Football Money League untuk tahun 2009, arsenal dah leapfrog chelsea dari segi pendapatan dan dorang juga dah berjaya kurangkan debt dorang berbanding tahun lepas.



selain dari kewangan dorang,ape yang aku kagum ngn arsenal ni adalah pengurusan pemain dia.
arsenal ni memang mementingkan talent muda and dorang dah banyak menghasilkan talent2 dari seluruh pelusuk dunia xkira afrika,spain,britain,portugal dan banyak lagi tempat.sape xkenal bakat macam fabregas,viera,anelka,henry,ljunberg,bergkamp ngan clichy?..ha,ni sume arsenal ler yang produce kalau korang nak tau.sampai sekarang pon dorang still berpegang ngan konsep ni.that's why ler stakat yang aku tau bayaran paling mahal untuk sorang player yang arsenal penah bayar adalah 13 juta ++(wiltord).untung paling besar arsenal dapat dari jual player adalah 23 juta pound dengan menjual anelka kat real madrid.

aduih,penat gak tulis benda alah ni,aku rasa macam nak sambung len kali ar plak.ape2hal aku nak mintak maap ler kalau post2 aku ni ade banyak kekurangan dari segi cara mengedit sebab aku memang baru 1st time berjinak dalam bidang ni..pasal bahasa tu memang aku saje2 wat cmni so that korang xrasa pressure sangat bile baca blog ni..hehe..aku akan sambung lagi tulisan pasal bolasepak ni pada post yang berikutnya..segala idea,kritikan akan aku curahkan sebab aku mengharap sangat yang bolasepak kita akan trus maju jaya..korang pon kritik r gak..jangan ler aku sorang je..pastu bagi idea,kritik je tanpa idea xelok gak..betul x??..ok semua..chow!..salam.

No comments:

Post a Comment