melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Friday, March 5, 2010

Pendidikan di Malaysia part 1 : peringkat rendah

Wah2..nampaknya aku dah masuk ke topik yang ke2 dah ni..memandangkan aku dah ade sorang follower yang memang sentiasa support aku,jadi aku makin bersemangat untuk menulis..thanx untuk follower aku yang pertama tu..hehe..ape yang aku xpuas ati sangat ngan sistem pendidikan kat malaysia ni??.."bukan ko dah sambung sampai tahap degree ke the hair??ape yang ko nak kecoh2 ni?".oh maap ler,aku bukan nak kecoh ke ape tapi sekadar nak sistem pendidikan kita yang sedia bagus ni dimantapkan lagi.

aku nak mulakan dengan umur kita sekitar 2 hingga 4 tahun.ape yang aku tau,kebanyakkan dari kita pada umur macam ni still berkepit ngan mak or ayah kita.tau nak mintak susu je xabis.nak makan sendiri pon xreti apetah lagi nak membaca,melukis or mengira.tapi pada pembacaan aku,orang kat u.s dan singapore time ni dah anta anak2 dorang kat playschool and then nursery.tapi hal ni bagi aku agak xmembimbangkan sebab sekarang ni aku tengok dah makin banyak wujudnya nursery yang dikendalikan oleh orang yang berpendidikan ijazah di malaysia ni.lagipun aku tengok nursery ni makin mendapat sambutan sebab kat malaysia ni ibu2 juga dah bekerja bukan macam dulu.so,mereka ni anta ler anak2 kat nursery instead of rumah mak limah atau mak yam.walaupun xmenyeluruh tapi ini dah bagus berbanding masa2 dulu.ape silibus yang dorang ajar aku xtau ler.then kita gerak plak pada tahap tadika umur 5 hingga 6 tahun.dulu seingat aku tadika yang paling femes adalah abim ngan kemas.satu baju hijau and satu lagi baju merah petak2.aku pikir agak bagus gak dia wat 2 tadika yang berbeza sebab fungsinya lain2.tapi pada pendapat aku time dok tadika kemas ni janganla cikgu2nya ajar melukis dan mewarna je(sampai kt umah pun nak conteng dinding)serta ajar cara2 bermain playdoh.macam yang aku baca tentang guidelines kindergarten kat jepun, dorang banyak menekankan aspek2 rohani dan jasmani.dorang gak ade wat pengajian luar klas.bila di luar dorang didik kanak2 yang pramatang ni cara2 untuk menghormati orang tua(memberi hormat),cara melintas jalan yang betul,bagaimana nak menghargai alam sekitar dan bermacam2 lagi.dorang juga dididik macam mane nak menjaga rohani dan jasmani dengan betul.reasonnya senang je sebab budak2 kecik macam ni ler minda dia senang dibentuk.kalau korea utara punya cara agak ekstrem sebab dorang diajar mengenai nilai sayangkan negara dan pemimpin sampai dah jadi macam askar.anak patung pun pegang missile..hehe.aku nak tengok budak2 kecik ni dididik dengan sesuatu yang dapat memberi impak pada pemikiran mereka di masa hadapan.sistem yang sekarang ni kena la ditokok tambah sikit sebab bukannya 100% xbagus.mungkin guidelines dah ade,tapi cikgu2nya xikut..mane ler tau kn?

bila sebut pasal skolah rendah ni,aku teringat rancangan kat astro "are you smarter than a fifth grader?".aku tengok soalan2 yang dorang tanya ni bapak ler susahnya.macam soalan yang aku blaja time form5.pasal bio and fizik pun dorang leh tanya.untuk pengetahuan korang,fifth grader kat sana macam darjah 5 kat malaysia.aku rasa kalau anta budak2 darjah 5 kita pon memang balik tangan kosong kot.bukan nak kutuk budak2 kita,tapi sistem yang mendidik budak2 kita ni.bagi aku budak2 kita ni pandai tapi sistem pembelajaran kita yang agak rendah berbanding negara luar.patutnya umur2 macam dorang dah diberi pendedahan yang lebih lanjut tentang subjek2 sains macam fizik,kimia dan biologi(u.s dah ajar basic machine and life science time ni).subjek kajian tempatan tu patut tukar trus ngan geografi sebab subjek geografi ni lagi luas dan dalam masa yang sama xsusah pon nak diajar.ade sesetengah skolah kt u.s ni promote budak naik ke grade seterusnya based on dorang punya education achievement.yang ni aku penah tengok dalam crite beaves and butthead sebab dorang slalu je turun grade. aku plak kagum ngan ngan school life kat jepun pada elementary level ni antaranya dorang ade meeting dulu sebelum klas start,waktu rehat ade sampai 3 kali,lunch hour sama2 dalam klas termasuk ngan cikgu skali pastu dorang ni akan ade meeting lagi sebelum balik rumah. aku rasa benda2 macam ni sedikit sebanyak kena dicontohi oleh sistem kita.lastly,aku harap yang exam macam UPSR ni xpayah dilaksanakan lagi.bukan ape,hal macam ni yang wat budak2 pressure sampai ade kes budak bunuh diri sebab xdapat 5A dalam UPSR.patut ke budak sebesar ni rasa pressure macam orang laki kena tinggal dek bini?? dan aku rasa kita ni terlalu exam oriented sangatla.biala budak2 ni blaja dengan bebas time dorang masih kecik.aku takut dengan adenya UPSR ni dorang jadi rajin blaja sebab xnak gagal sampai menyebabkan dorang blaja untuk exam dan bukan untuk pengetahuan sendiri.

dah panjang aku merapu pasal sistem pendidikan rendah ni,kalau nak sambung peringkat tinggi punya dalam satu post macam xkena je.aku takut kang korang pening baca skaligus..so,aku akan sambung lagi pada post yang seterusnya k..chow!..salam

No comments:

Post a Comment