melihat | merenung | menilai

melihat | merenung | menilai

Monday, March 8, 2010

Kemajuan filem kita : Part 1

Aku mendapat idea untuk menulis pasal filem kita ni bila aku tonton balik cite2 dari Indonesia dan Thailand. Antara filem diorang yang penah aku tengok adalah seperti "Ong Bak", "Ada Apa Dengan Cinta (AADC)", "Shuttle", "Merantau" dan banyak lagi. Aku yakin korang pun penah menonton filem2 keluaran negara jiran kita ni. Cite yang paling aku minat adalah "AADC" ngan "Ong Bak" sampai terbawa2 dalam alam nyata (sekarang xde dah)..hehe. Aku ni bukanlah kaki filem macam member2 aku sampai skrip dan dialog pon diorang leh hafal. Memang susah aku nak tengok sesuatu crite tu kecuali betul2 ade kelainan. Crite2 di atas bagi aku memang xmengecewakan. Setiap crite tu memang ade kelainan dia sendiri. Ade kekuatan yang terletak pada plot crite, shot kamera, lakonan yang mantap serta grafik yang berkualiti. Walaupun tidaklah setanding filem Hollywood,tapi agak berbaloi untuk ditonton.

Fokus aku kali ni adalah untuk menilai sejauh mane pencapaian filem kita jika dibandingkan dengan filem2 luar. Pada pandangan aku filem Malaysia sekarang sudah makin berkembang genrenya dan tidaklah hanya bertumpu pada aspek percintaan semata-mata. Filem seperti "Azura", "Bara", "Sembilu" dan bermacam2 lagi sering menghanyutkan panggung di negara kita. Tapi sekarang kita dapat lihat pelbagai genre untuk tatapan umum seperti komedi, seram, romantik, muzikal, kekeluargaan, aksi dan banyak lagi. Namun begitu, satu perkara yang aku sedar adalah tarikan penonton terhadap filem2 berunsur komedi slapstik. Walaupun crite2 macam ni banyak dikritik dari segi kualitinya, namun ia tetap diminati ramai dan sering mendapat kutipan box office. Lihat sahajalah filem seperti "Anak Mami the Movie", "Senario", "Otai" dan pelbagai lagi yang sering mendapat sambutan penonton dikalangan melayu kita. Aku tidak menyalahkan produser,pengarah atau penulis skrip kerana mereka menghasilkan filem yang boleh buat duit bukan untuk kebajikan. Atas sebab ni ar aku sangat terasa akan kehilangan pengarah seperti arwah Yasmin Ahmad yang banyak menghasilkan filem2 berunsur kekeluargaan dan keharmonian masyarakat. Selain itu filem2 Yasmin banyak berkisarkan realiti kehidupan sesebuah masyarakat pada pandangannya sendiri. Lihatlah sahaja lakonan2 pelakon yang sangat bersahaja dan natural. Ini adalah kelebihan Yasmin Ahmad pada pandangan aku. Aku berharap agar ade lagi pengarah yang berbakat yang dapat menggantikan Yasmin Ahmad kerana legasi beliau perlu diteruskan agar filem2 seperti ini tidak dipandang remeh oleh masyarakat.


Filem Talentime oleh Yasmin Ahmad

Filem Senario The Movie Episode 2 : The Beach Boys


Bagi aku filem kita perlu perubahan, selagi kita asyik dengan filem2 komedi yang menjengkelkan, selagi itula kemajuan filem kita tiada perubahannya. Pendek kata, macam mana kita nak kembangkan tahap penggunaan grafik jika filem yang ingin dihasilkan tidak memerlukan grafik pun. Lagi satu, plot crite pon ubahla sket,janganla masih ditakuk yang lama iaitu asyik menunjukkan kebodohan, ketamakkan dan kelucuan orang melayu yang dah macam badut pon ade aku rasa. Nape nak jatuhkan nilai orang kita sendiri semata2 untuk mengaut untung. Walaupun aku bukan orang yang terlibat ngan filem, tapi aku juga audiens yang inginkan perubahan. Aku rasa ramai dah orang yang muak dengan filem kita yang masih ditakuk lama. Aku kagum dengan inisiatif KRU production dan Les' Copaque production untuk meningkatkan tahap penggunaan grafik ke arah yang lebih tinggi bagi bersaing dengan negara luar. Walaupun penghasilan "Cicakman" masih lagi ada banyak kekurangan, tapi sekurang2nya jalan ke arah pembangunan sudah di buka kepada produksi lain untuk diteruskan. Begitu juga halnya dengan penghasilan "Upin dan Ipin" oleh Les Copaque.

Selain itu, aku tidak begitu menyukai trend di negara kita yang banyak menghasilkan filem2 berunsurkan bohsia dan pelumba jalanan. Kenapa filem ini dah jadi seakan2 trend di negara kita. Dahla plot ceritanya sama, hero pon sama. xcukup ngan filem, masuk pulak dalam drama. Aku bukan ape, masyarakat luar ni dahla sangat menyampah ngan "mat rempit" dan "bohsia" ni pastu dorang ni pegi plak wat cerita yang mengangkat kehebatan mereka macam cerita2 pahlawan melayu. Yang lagi menyakitkan hati dorang cakap ade mesej pada penghujung cerita. Dalam 2 jam tayangan, mesejnya hanyalah 3 minit terakhir iaitu hero (mat rempit baik) kena belasah ngan penjahat (mat rempit jahat) pastu mati terlentang di sisi heroin (boleh jadi bohsia @ anak orang kaya yang minat rempit)..~~~


Filem Remp-it arahan Ahmad Idham


Filem Cicakman oleh KRU Production



Filem animasi Geng keluaran Les' Copaque Production


Aku bukan nak puji negara luar, tapi kalau korang tengok crite aksi macam Ong Bak dan Bang Rajan (Thailand) pastu Merantau (Indonesia), korang xrasa best ke cara dorang fight?. Xperlu la nak bawak moto pastu tunjuk hero depan minah2 rempit, bila scene gaduh plak guna stuntman. Ape yang menarik lagi tentang crite di atas adalah cara diorang membanggakan seni mempertahankan diri turun temurun dorang iaitu Muay Thai dan Silat. Seni berlawan dorang plak memang real sebab pelakon dorang sendiri yang mengamalkan seni mempertahankan diri tu. Kalau korang nak tau, Tony Jaa (Ong Bak) ni belajar macam2 martial arts, tapi yang utama adalah "Muay Boran" iaitu "Muay Thai klasik". Iko Uwais (Merantau) pula adalah pengamal seni silat "Tiga Berantai" di Indonesia. Hebat betul dorang ni sebabnya bukan sahaja pandai berlakon tapi mahir dalam seni mempertahankan diri. Bila la negara kita nak menghasilkan "Bruce Lee", "Jet Li", "Jackie Chan", dan "Tony Jaa" sendiri?..Ini salah satu cabang filem yang kita masih ketinggalan berbanding dengan jiran2 serantau. Janganla nak dibandingkan dengan filem Hollywood dan Eropah sebab kita ibarat langit dan bumi ngan mereka.


Filem dari Indonesia lakonan Iko Uwais; Merantau Warrior



Filem Ong Bak lakonan Tony Jaa dari Thailand


Banyak lagi sebenarnya pasal filem ni aku nak ketengahkan, tapi aku akan sambung bila tiba masanya nanti. Ape2hal pun aku akan trus menyokong filem2 negara kita ni (aku tengok "Adnan Sempit"). Dan bagi produksi yang menghasilkan filem tahap "box office" macam "Jangan Pandang Belakang", "Sembilu", "Cicakman", "Adnan Sempit" dan "Geng", aku harap pada masa hadapan akan ade lagi peningkatan kualiti dalam penghasilan filem korang sebab produksi korang dah terbukti berjaya menarik minat rakyat Malaysia untuk memenuhkan panggung yang kadang2 lengang. Sekian saja dari aku wat masa ni..chow!..salam.

No comments:

Post a Comment